Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Syarikat penghantar Foodpanda hari ini menjawab dakwaan yang dibangkitkan oleh ridernya, Muhd. Saifuddin Mustafa mengenai pemotongan gaji RM300 dan pengantungan kerja selama tiga hari.
Menurut Foodpanda, lelaki itu gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai penghantar makanan di mana dia tidak menghantar bebrapa penghantaran makanan kepada pelanggan.
Bagaimanapun, Muhd Saifuddin tampil menafikan tuduhan itu dan menegaskan dia berani tampil berdepan dengan pihak Foodpanda, bersama-sama dengan rider lain yang turut menerima nasib yang sama.
“Allahuakbar. Pihak atasan telah menghubungi saya dan kalau mereka kata saya kaki kelentong (menipu), kitorang boleh kumpul semua rider untuk berjumpa dengan dia.
“Saya tak berani nak ulas banyak, takut jatuh fitnah. Berkemungkinan pihak yang menularkan isu ini sebab nak membersihkan nama dia dan kata saya pula yang scam dan mengambil kesempatan bagai.
“Habis tu, bagaimana dengan rider-rider lain yang bersuara (mengenai masalah yang sama) sebelum ini? Allahuakbar, sampai begitu sekali orang memfitnah.
“Dia (Ummi) tanya kapten, dia itu siapa? Sepatutnya dia call saya (tanya cerita sebenar). Lagipun satu Malaysia, termasuk rider sudah tahu company Foodpanda ini macam mana, bayaran gaji pada rider macam mana dan buat aniaya macam mana. Isu yang saya hadapi ini bukan saya seorang, isu-isu yang sebelum ini juga sudah viral.
“Andai kata saya tipu, kenapa sebelum ini bila kita hantar emel langsung tiada respon? Saya risau Foodpanda akan buat macam-macam cara untuk pulihkan nama dia semula. Dia upah orang itu, buat akaun (media sosial) untuk cakap saya ni scam, budak ini kelentong, saja nak ambil kesempatan bagai.
“Sebab sistem ini dicipta oleh manusia. Walaupun rating kita okay, dia boleh buat rating kita jadi tak okay. Sebab manusia yang cipta sistem itu, bukan sistem yang mencipta manusia,” katanya.
Remaja ini bagaimanapun menafikan dakwaan yang dibuat kononnya dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai penghantar makanan pic.twitter.com/owkHLikdWr
— MYNEWSHUB (@mynewshub) April 12, 2023
Muhd. Saifuddin turut memaklumkan, sumbangan yang diterimanya daripada orang awam telah pun mencukupi.
“Saya pun sudah memaklumkan kepada individu/pihak yang mahu memberi bantuan bahawa, bantuan yang diterima sebelum ini sudah mencukupi.
Sumber: Twitter My News Hub








