'Kalau ada medical card, belum tentu anda dapat masuk hospital' - Lelaki terkilan dengan layanan hospital swasta pilih bulu - The Reporter

‘Kalau ada medical card, belum tentu anda dapat masuk hospital’ – Lelaki terkilan dengan layanan hospital swasta pilih bulu

Sumber gambar: TikTok pengadu

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki meluahkan rasa terkilan dengan perkhidmatan dan layanan sebuah hospital swasta yang terkenal di Ampang terhadap isterinya.

Pengadu menyatakan pada malam tersebut, dia telah membawa isterinya ke unit kecemasan hospital terbabit setelah dinasihati oleh doktor dari Larkin.

Katil penuh, disaran ambil katil premium

” Isteri saya sakit dan bawa ke unit kecemasan. Bukan hopsital cap ayam tapi hospital ternama. Saya ke unit pendaftaran untuk bawa isteri saya berjumpa dengan doktor yang telah disarankan daripada Larkin. Pihak hospital tak bagitahu hospital ada katil penuh ke tidak, cuma dia kata rujuk doktor atau nurse kat dalam.

“Saya diberitahu berdasarkan medical card isteri saya, isteri saya hanya layak untuk katil dengan harga RM150 (4 bedded) dan tidak mempunyai kekosongan tetapi bilik premium yang berharga RM650 di Tingkat 10 masih ada kekosongan.

“Kalau saya setuju, saya perlu tanggung kos tersebut jika tidak, perlu menunggu kekosogan wad atau isteri saya perlu keluar dulu dari wad,” katanya.

Paksa isteri pengadu discharge, alasan tiada katil murah

Setelah lama menunggu, isteri pengadu menyemak status Gurantee Letter (GL), namun dia kecewa apabila mendapati petugas hopsital masih tidak menghantar GL lagi kepada pihak insurans.

“Bila ditanya, mereka kata prosedurnya jika bilik tak ada kosong lagi, mereka tak akan daftarkan bawah GL. Dan mereka mintak saya bayar RM700 lebih kalau nak discharge isteri saya keluar dan hantar isteri saya ke hospital lain.

“Jam dah pukul 2 pagi, isteri saya masih kat dalam unit kecemasan. Diorang paksa saya keluarkan isteri saya sebab tak boleh tunggu bilik 4 bedded. Saya berkeras, kalau isteri saya keluar sekarang, keselamatan dia tak terjamin.

“Korang bayangkan tengah malam suruh pesakit keluar, alasan katil yang murah tak ada, yang mahal je ada. Saya buat keputusan untuk tunggu sampai pagi dan jumpa doktor pakar,” katanya.

Disuruh bayar RM850 on the spot

Pengadu juga mendakwa pihak hospital semakin mendesak meminta dia membawa isterinya keluar dan dia tetap berkeras sehingga hampir tercetus pergaduhan.

“Pukul 4 pagi masa saya balik rumah sekejap, isteri saya telefon beritahu doktor minta keluar dari wad kecemasan sedangkan masa tu unit tu tak ramai pesakit dan saya minta pertimbangan doktor tu.

“Tau-tau je bil sampai dan kena bayar masa tu juga. Saya kena bayar RM850 tak boleh tunggu pakar atau nak sekalikan dengan bil pakar, tak boleh. Bayar asing-asing.

“Lain kali kalau korang nak beli insurans, beli yang mahal sikit. Saya tak tahulah hospital sekarang ni dia jual perkhidmatan kesihatan ke atau pilih bulu,” katanya.

Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan pengadu dan mendakwa pernah mengalami nasib yang sama ketika berurusan dengan hospital tersebut.

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!