Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
MELAKA – Kerajaan negeri mengarahkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memantau sebuah pusat asuhan kanak-kanak (taska) di Paya Rumput, susulan terdapat aduan yang mendakwa wujudnya unsur penganiayaan terhadap bayi di bawah jagaan pusat berkenaan oleh bekas pengasuhnya, lapor Sinar Harian.
Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar berkata, hasil siasatan JKM mendapati dakwaan yang viral di media sosial itu adalah benar. Perkara itu dilakukan oleh bekas pengasuh yang berusia dalam lingkungan 60-an dan telah diberhentikan kerja dua minggu lalu.
Menurut beiau, pihak JKM sebelum ini ada menerima aduan daripada ibu bapa mengenai perkara tersebut dan beberapa siri lawatan telah dilakukan. Bagaimanapun tiada bukti yang sahih untuk mengaitkannya sehinggalah gambar dan video dirakam salah seorang bekas kakitangan taska tersebut.












