Kakak buat laporan polis, suspek pijak al-quran & 3 rakannya ditahan | The Reporter

Kakak buat laporan polis, suspek pijak al-quran & 3 rakannya ditahan

Susulan viral video gadis pijak al-Quran, polis telah menahan empat remaja perempuan berusia 17 hingga 18 tahun, di sekitar Tanah Merah sejak semalam sehingga 2 pagi, hari ini. 
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya menerima laporan daripada kakak salah seorang suspek yang mengetahui video itu viral di WhatsApp. 
Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan empat remaja terbabit dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. 
Kesemua suspek direman selama tiga hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN
Leave a Reply
Related Posts