Naikkan harga rokok ke RM31 jika mahu kurangkan perokok - Kajian | The Reporter

Naikkan harga rokok ke RM31 jika mahu kurangkan perokok – Kajian

Paparan rak rokok automatik di sebuah kedai dengan pelbagai jenama rokok dan amaran kesihatan pada kotak.
Walaupun terdapat amaran kesihatan bergambar, rak rokok di kedai masih penuh dan mudah diakses.
Harga RM12 tak cukup halang ketagihan, RM31 baru efektif

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Malaysia disaran menaikkan harga rokok kepada sekurang-kurangnya RM31.74 sekotak jika benar mahu menurunkan kadar merokok rakyat kepada 15%, menurut satu kajian antarabangsa.

Alat pengiraan interaktif CoRRE yang dibangunkan Johns Hopkins University bersama Vital Strategies dan American Cancer Society, menyatakan harga semasa sekitar RM17.40 terlalu rendah dan masih “mampu milik” bagi ramai rakyat Malaysia.

Ketika ini, 18.2% rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas adalah perokok.

Baca juga:

Cukai naik 159%, hasil tambahan RM2.6 bilion

Untuk menyokong harga baharu itu, cukai rokok perlu dinaikkan daripada RM8.98 kepada RM23.32 sekotak, iaitu peningkatan 159%.

Langkah ini dijangka bukan sahaja membantu ramai berhenti merokok, tetapi juga boleh menjana RM2.6 bilion hasil tambahan setahun kepada kerajaan.

Menurut laporan Tobacco Atlas, “kenaikan cukai yang tinggi akan menyebabkan harga rokok naik, seterusnya menyukarkan orang ramai untuk membeli. Ini akan kurangkan ketagihan, bantu orang berhenti dan elak golongan muda mula merokok.”

Rokok masih murah di Malaysia

Walaupun kadar cukai Malaysia kini berada pada 75.3% daripada harga runcit melepasi had minimum WHO, rokok masih dianggap murah dan mudah dibeli.

Kajian Universiti Putra Malaysia mendapati rakyat hanya membelanjakan 3.2% daripada KDNK per kapita untuk membeli 100 kotak rokok. WHO pula menyatakan harga rokok di Malaysia tidak banyak berubah sejak 2014, sekaligus menyukarkan usaha kurangkan ketagihan.

Baca juga:

Merokok bunuh 19,300 rakyat Malaysia setahun

Menurut data 2021 daripada Our World in Data, merokok adalah punca kematian ketiga tertinggi di Malaysia, menyebabkan 19,300 kematian, hanya di belakang tekanan darah tinggi (44,800) dan paras gula tinggi (21,900).

Malaysia hampir capai polisi kawalan tembakau terbaik

Malaysia kini hanya tinggal dua langkah untuk capai piawaian tertinggi WHO dalam kawalan tembakau:

  • Sediakan bantuan berkesan untuk bantu perokok berhenti.
  • Kuatkuasakan larangan penuh terhadap iklan, promosi dan penajaan tembakau.

WHO berkata, “Kerajaan boleh selamatkan jutaan nyawa dan kurangkan kos kesihatan jika serius naikkan cukai rokok secara konsisten.”

Sumber: The Star

Related Posts