Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, memohon maaf susulan tularnya video kenderaan rasminya melanggar lampu isyarat merah baru-baru ini.
Beliau mengakui kadangkala pemandunya terpaksa melanggar lampu isyarat merah bagi memastikan beliau tiba di acara rasmi tepat pada waktunya.
Menurut Aminuddin, jadualnya yang padat dengan pelbagai program sehari menyebabkan pemandu perlu mengejar masa.
“Saya akui kadangkala terpaksa melanggar lampu merah kerana perlu cepat sampai dan terdapat beberapa acara rasmi yang dirancang dalam sehari.
“Boleh tengok di Facebook saya, berapa program yang saya hadir,” katanya.
Baca juga:
- Menteri Agama puji Jep Sepahtu, sifatkan inspirasi kepada golongan asnaf
- MP Masjid Tanah cadang Hospital Putrajaya dinamakan sempena Tun Dr Hasmah
- Bajet 2027: Puad gesa tubuh badan khas pantau perbelanjaan kementerian
Aminuddin turut menjelaskan pejabatnya telah menulis surat kepada pihak berkuasa berkaitan untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan. Malah, kenderaannya juga dinaiki oleh seorang pegawai polis.
“Kita terpaksa langgar, tetapi dalam keadaan berhati-hati dan menggunakan isyarat yang cukup kerana nak segera sampai di lokasi. Saya minta maaflah, kalau tidak saya pun tak berani langgar. Biasanya pemimpin negeri diberi kelonggaran untuk hal tertentu,” jelasnya lagi.








