Elak rumah jadi mangsa pecah masuk, kaburkan gambar di Google Maps sekarang | The Reporter

Elak rumah jadi mangsa pecah masuk, kaburkan gambar di Google Maps sekarang

Rumah kabur di Google Street View sebagai langkah keselamatan
Imej rumah yang dikaburkan dalam Google Maps untuk elak jadi sasaran penjenayah | Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ramai orang sanggup memasang kunci mahal dan kamera pengawasan (CCTV) untuk melindungi rumah. Namun, pakar keselamatan memberi peringatan ada satu langkah mudah yang sering dilupakan iaitu, mengaburkan gambar rumah anda di Google Maps.

Langkah ini boleh menyukarkan penjenayah untuk mengenal pasti laluan masuk, peralatan keselamatan atau barang berharga di sekeliling rumah.

Pegawai Polis Riverside di California Selatan, Ryan Railsback, berkata semakin ramai pemilik rumah sudah sedar dan mengambil langkah ini untuk melindungi kediaman mereka.

“Penjenayah sentiasa mencari cara baru untuk menipu mangsa. Orang ramai perlu lebih peka dan ambil langkah pencegahan,” katanya memetik laporan ABC News.

Bagaimana nak kaburkan rumah anda di Google Maps?

Google membenarkan pemilik meminta supaya gambar rumah mereka dikaburkan dalam Street View. Setelah rumah dikaburkan, imej itu akan kekal kabur selamanya.

Berikut cara melakukannya:

• Cari alamat rumah anda di Google Maps.
• Buka imej Street View rumah tersebut.
• Klik butang “Report a problem” di sudut bawah kanan.
• Isi borang yang disediakan dan hantar permohonan.

    Google akan menilai permintaan anda secepat mungkin. Jika anda meninggalkan alamat emel, mereka mungkin akan menghubungi untuk pengesahan atau meminta maklumat tambahan.

    Menurut Profesor Christopher Herrmann dari John Jay College of Criminal Justice di New York, taktik ini sudah lama digunakan dan terbukti membantu.

    “Perompak akan meneliti rumah melalui imej dalam talian. Mereka mahu tahu apa yang ada untuk dicuri dan bagaimana sistem keselamatan dipasang,” katanya.

    Walau bagaimanapun, Herrmann mengingatkan ada risiko lain. Rumah yang satu-satunya kabur di kawasan kejiranan boleh menimbulkan rasa ingin tahu penjenayah yang mahu tahu apa yang cuba disembunyikan.

    Related Posts