Jurutera Projek didenda RM1,000 kerana conteng tembok bangunan Kedutaan Besar Amerika Syarikat, rugi RM200 - The Reporter

Jurutera Projek didenda RM1,000 kerana conteng tembok bangunan Kedutaan Besar Amerika Syarikat, rugi RM200

Gambar Ahmad Ridzwan | Sumber: Redzuan MPB

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,000 terhadap seorang jurutera projek atas kesalahan menconteng tulisan ‘terrorist’ di tembok bangunan kedutaan Amerika Syarikat.

Tertuduh, Ahmad Ridzwan Al Amin Azman Shah, 23, mengaku bersalah di atas pertuduhan berkenaan yang dibaca di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Mahkamah turut memerintah tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan itu.

Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Ridzwan didakwa melakukan perbuatan khianat dengan menconteng tulisan ‘terrorist’. Menggunakan penyembur cat berwarna merah di tembok bangunan Kedutaan Besar Amerika Syarikat, menyebabkan kerugian sebanyak RM200.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tembok bahagian Utara Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak pada 28 Oktober 2023, jam 5.30 pagi.

Untuk pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Terdahulu peguamnya, Muhammad Rhastdan Abdul Wahab, merayu supaya anak guamnya dikenakan hukuman ringan tanpa pemenjaraan.

Ini kerana anak guamnya masih bujang dan perlu menanggung ibunya yang merupakan ibu tunggal, bersama seorang nene.

Caprice payung denda RM1,000 tetapi…

Sementara itu, kes berkenaan mendapat perhatian ramai termasuk beberapa selebriti di media sosial. Penyanyi rap, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, tampil menawarkan diri untuk membayar denda RM1,000 itu.

“Siapa-siapa yang kenal adik ini, beritahu dia RM1,000 itu saya payungkan. Insya-Allah jualan hari ini memang padu,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Namun begitu, tindakan Caprice itu dibantah oleh beberapa individu yang berpendapat perbuatan yang dilakukan oleh Ahmad Ridzwan itu adalah salah kerana ia jelas sekali adalah perbuatan vandalisme yang tidak boleh dinormalisasikan.

Sumber: Sinar Harian, Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!