Jurusolek nafi hisap alat sul*t pelakon remaja lelaki - The Reporter

Jurusolek nafi hisap alat sul*t pelakon remaja lelaki

Jurusolek lelaki nafi hisap alat sulit pelakon remaja

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang jurusolek lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh semalam atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang pelakon remaja lelaki di sebuah salun di Ayer Keroh minggu lalu.

Tertuduh, Saril Sarip, 42, berasal dari Durian Tunggal, Alor Gajah, bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dan memohon untuk dibicarakan.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Haderiah Siri, dengan tertuduh diwakili peguam L Sharveen dan Chua Yong Yi.

Mengikut kertas pertuduhan, Saril didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa berusia 18 tahun tanpa kerelaannya di salun miliknya di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh, pada 17 Januari lalu, kira-kira jam 4.15 petang.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ali Hussain mencadangkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi, serta melapor diri setiap bulan di Balai Polis Durian Tunggal sehingga kes selesai.

Peguam tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan, dengan alasan anak guamnya hanya memperoleh pendapatan sekitar RM2,000 hingga RM2,500 sebulan sebagai pemilik kedai gunting rambut. Tertuduh juga perlu menyara ibu berusia 78 tahun yang menghidap pelbagai penyakit, selain menjaga kakak yang tidak bekerja.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan syarat seperti dicadangkan pihak pendakwaan. Kes akan disebut semula pada 24 Februari depan untuk serahan dokumen.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!