Jumpa Mayat Dalam Beg Pakaian - The Reporter

Jumpa Mayat Dalam Beg Pakaian

KLANG – Mayat yang masih belum dikenal pasti identitinya ditemui di dalam beg pakaian di Jalan Belimbing, Meru, pagi tadi. 
Beg tersebut itu ditemui oleh seorang petugas Pengawal Istana Negara, 30, yang terlihat beg itu di dalam parit pada jam 11 pagi. 
Polis menerima panggilan berhubung penemuan berkenaan pada jam 11.30 pagi dan sepasukan polis telah dihantar ke lokasi kejadian.
Tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang ditemui. Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat. 
Maklumat awal dari sumber tidak rasmi mendakwa mayat adalah seorang kanak-kanak perempuan, dan organ dalamannya telah tiada. – PIXEL MEDIA

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!