Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Walaupun sudah sebulan lebih penceraian antara pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin, apa sahaja kisah mengenai mereka menjadi perhatian ramai.
Sedar penceraian tersebut juga mengundang kecaman ramai, Fazura bagaimana tidak melatah, sebaliknya kekal tenang dan hanya berserah pada Allah.
“Tidak mengapa, saya tenang sahaja. Terserahlah apa orang nak kata, itu urusan mereka. Urusan saya, hanya antara saya dengan Allah,” katanya.
Dalam pada itu, Fazura juga tidak menafikan kehidupan dirinya kini lebih tenang dan bahagia dalam menguruskan kerjaya dan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
Namun, katanya tidak bermaksud dia riak atau menunjuk, sebaliknya meluahkan apa yang dirasai.
“Kehidupan sekarang sejujurnya saya tenang dan lebih bahagia. Bukan nak riak ke apa, tapi ini sejujurnya yang saya rasa sekarang. Saya bersyukur kepada Allah,” katanya.
Sementara itu, Fazura mendapat hak penjagaan penuh anaknya, Nur Fatima Aisya manakala bekas suami, Fattah Amin diberi hak lawatan bermalam dan harian.
Sumber: Harian Metro








