Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita meluah rasa kecewa dan bengang dengan tindakan jirannya, yang dikenali sebagai seorang influencer, kerap membuat siaran langsung (live) luar rumah dengan nada kuat sehingga mengganggu ketenteraman penduduk setempat. Menurutnya, jiran-jiran sekitar telah menyerahkan surat teguran tetapi usaha itu tidak membuahkan hasil.
Wanita itu berkata rutin siaran jiran berkenaan bermula pada waktu pagi, tengah hari, waktu petang sehingga menjelang maghrib, dan sambung semula pada waktu malam. Waktu malam katanya bermula selepas Isyak sehingga kira-kira pukul 12 malam. Gelagat ketika live termasuk menjerit-jerit mengajak penonton memberi “gift”.
“Diana, tap tap screen, jangan lupa bagi gift bla bla,” katanya.

- Rambo Castello meninggal dunia di Jogjakarta
- Jiran influencer live sampai tengah malam, wanita luah rasa tertekan
- Fida Jungle Girl taja murid istimewa ke Abu Dhabi, sumbang RM100K buat sekolah
Menurut wanita itu, beberapa kali jiran lain sudah menegur tetapi perbuatan tersebut tetap berulang.
“Bila jiran dah tegur, dia mengamuk. Entah halal ke ganggu ketenteraman orang kalau cari rezeki macam ni,” katanya.
Wanita itu turut memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat, namun menurut pihak berkuasa, gangguan hanya dianggap sebagai kesalahan undang-undang sekiranya berlaku selepas pukul 12.00 tengah malam.