'Jika ada masalah buang ego bukan silaturrahimnya' - Shiro | The Reporter

‘Jika ada masalah buang ego bukan silaturrahimnya’ – Shiro

Sumber Gambar: Instagram Shahrol Shiro

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


“Tak ada kau, tak ada aku,” tulis pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro dalam hantaran di Instagram yang ditujukan pada sahabatnya, Shahrol Shiro.

Kedua-dua mereka dilihat saling berbalas hantaran di Instagram sekaligus memberikan gambaran buat peminat, mereka telah menamatkan sengketa lama.

Menerusi hantaran di Instagram Shahrol pula, katanya ayat yang diucapkan bukan sekadar dilafazkan dalam Maharaja Lawak Mega (MLM) tetapi juga dalam realiti hidup.

“Jika kuku panjang, buang kuku bukan jarinya. Jika ada masalah buang ego bukan silaturrahimnya.

“Satu malam yang panjang mengimbau begitu banyak kenangan bersama yang tidak mungkin dilupakan selamanya.

“Doakan awak terus maju jaya Ajak Shiro, karya itu kasi jadi,” tulisnya.

Sebelum ini, konflik persahabatan antara dua sahabat itu tercetus apabila dikatakan mereka saling berbalas kenyataan di media sosial meluahkan rasa ketidakpuashatian mereka.

Difahamkan, hubungan antara dua anggota kumpulan Shiro ini kembali jernih pada Syawal tahun lalu.

Sumber: ajakshiro, shahrolshiro

Related Posts