Jeritan selamatkan nyawa, kanak-kanak nyaris maut diserang individu di Rawang | The Reporter

Jeritan selamatkan nyawa, kanak-kanak nyaris maut diserang individu di Rawang

Insiden keselamatan kanak-kanak di Rawang
Insiden di Rawang cetus perhatian terhadap keselamatan kanak-kanak di kawasan perumahan. | Gambar: Orang awam

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang kanak-kanak perempuan hampir kehilangan nyawa selepas diserang oleh seorang lelaki ketika berjalan ke pasar malam bersama abang dan kakaknya di Taman Bakawali, Bukit Sentosa 3, di Rawang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, mangsa yang merupakan anak bongsu kepada tiga beradik berjalan kaki sejauh kira-kira 500 meter dari rumah menuju ke pasar malam berhampiran.

Ketika melalui hadapan sebuah rumah, seorang lelaki secara tiba-tiba mengejar mangsa sebelum menariknya masuk ke dalam rumah berkenaan.

Baca juga:

Abang mangsa yang menyedari kejadian itu segera mengejar dan cuba menyelamatkan adiknya, namun suspek bertindak agresif dengan memijak, menendang serta menyepak kepala mangsa berulang kali sebelum mencekiknya.

Suara jeritan mangsa dan abangnya menarik perhatian jiran serta orang awam yang kemudian bertindak pantas membantu, sekali gus menghalang keadaan daripada menjadi lebih buruk.

Bapa mangsa menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, beliau dan isterinya membenarkan anak-anak keluar sendiri pada hari kejadian kerana kedua-duanya kurang sihat, meskipun kebiasaannya anak-anak tidak dibenarkan berjalan tanpa pengawasan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana jiran dan orang awam bertindak cepat. Jika lambat sedikit, saya tidak tahu apa nasib anak saya,” katanya.

Related Posts