'JBPM tengok-tengoklah sikit pegawai awak ni merokok di restoran' - Pengadu | The Reporter

‘JBPM tengok-tengoklah sikit pegawai awak ni merokok di restoran’ – Pengadu

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Hasrat untuk makan tengah hari di sebuah restoran bersama keluarga terganggu disebabkan ada pelanggan yang tidak mengendahkan larangan merokok di kedai/restoran.

Lebih-lebih lagi, perbuatan itu dilakukan oleh penjawat awam yang sepatutnya lebih peka pada larangan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan menunjukkan contoh yang baik kepada orang awam.

Menurut pengadu, Siti Maisarah, kejadian itu berlaku di Restoran Malik di Bukit Jelutong, Shah Alam baru-baru ini yang membabitkan seorang pegawai/anggota Bomba.

“Tak tahu nak cakap macam mana lagi dah. Kalau tegur karang, nanti mengamuk. Dah tua bangka tapi makin bang****.

“Sudahlah pakai baju lencana kerajaan, tapi itulah sebab dia tahu takkan ada sesiapa nak tegur dia kan. Kalau tegur pun, apa kita boleh buat? Apa saja tindakan kerajaan kan?

“Peraturan dah ada, pelaksanan itu lemah. Sekali pegawai badan kerajaan pun hisap rokok sekali. Memalukan. Sakit hati je tengok. Nak makan, terus rasa tak lapar,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Siti Maisrah berharap pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan terhadap anggota terbabit.

“Mohon JBPM tengok-tengok sikitlah pegawai seorang ni dan mohon juga jabatan kerajaan lain tengok sikit manusia macam ni makin bersepah di restoran,” tegasnya.

Sebelum ini, seorang lelaki nyaris diserang secara fizikal oleh perokok yang tidak berpuas hati kerana ditegur merokok di restoran mamak.

Menurut perokok terbabit, lelaki muda itu menegurnya secara biadab dan dia turut mempersoalkan tindakan anak muda berkenaan menegurnya sedangkan dia bukannya pegawai kesihatan.

Related Posts