‘Jangan sampai kita pula buli Menteri’ | The Reporter

‘Jangan sampai kita pula buli Menteri’

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berucap sambil menggerakkan tangan ketika sidang media.
Fadhlina Sidek menegaskan KPM akan bekerjasama penuh dalam siasatan kes Zara Qairina.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kematian tragis pelajar SMKA Tun Datu Mustapha (Sabah), Zara Qairina, pada Julai lalu bukan sahaja mengundang kesedihan rakyat, malah mencetuskan kemarahan di media sosial hingga ada yang mendesak Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, meletak jawatan kerana dianggap berdiam diri.

Namun, penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani, mengingatkan agar kemarahan terhadap gejala buli tidak menjadikan rakyat pula membuli seorang menteri.

Kredit gambar: Facebook Naim AlKalantani
Bukan tugas ulas setiap tragedi

Menurut Naim, tugas seorang menteri adalah merangka dasar, menggubal polisi dan memastikan pelaksanaannya, bukan mengulas setiap kali tragedi berlaku. Dalam kes ini, siasatan masih dijalankan pihak polis dan sebarang kenyataan terburu-buru, terutama daripada menteri, boleh menjejaskan proses tersebut serta mempengaruhi persepsi awam.

Beliau berkata, Fadhlina telah membuat kenyataan pada 18 Julai memberi jaminan Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama penuh dengan polis dan pada 25 Julai menegaskan tiada pihak bersalah akan dilindungi. Selepas itu, beliau memilih untuk tidak mengulas lanjut bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menziarahi keluarga Allahyarhamah Zara Qairina

Baca juga:

Perlu disiplin komunikasi

Naim berkata, tindakan itu selari dengan disiplin pengurusan krisis kerana kenyataan tergesa-gesa dalam kes sensitif boleh dimanipulasi atau mengundang risiko undang-undang. Katanya, media sosial bukan tempat sesuai mencari kebenaran kerana ia sering dibanjiri khabar angin dan teori konspirasi.

Beliau turut menekankan bahawa usaha membanteras buli memerlukan kerjasama semua pihak termasuk pendidikan, penguatkuasaan, kesedaran ibu bapa dan pembudayaan sikap hormat dalam kalangan pelajar. Polis dan forensik kini mengumpul bukti, termasuk menggali semula kubur mangsa.

Naim mengakui KPM perlu memperbaiki strategi komunikasi awam supaya rakyat bukan sahaja tahu “apa yang dibuat” tetapi juga “apa yang sedang diusahakan”. Namun katanya, kritikan terhadap dasar wajar dilakukan tanpa menjadikan menteri sebagai sasaran buli di alam maya.

Sumber: Facebook Naim AlKalantani

Related Posts