Jangan Salahkan Diri & Malu Anak Ada Autism

Disclaimer: Saya bukan expert. Sila bertanya dengan psychologist pakar kanak-kanak untuk pengesahan info-info di sini. 
Semalam adalah hari yang amat memenatkan. Pergi family information session 3 jam. Selepas itu tergesa-gesa pergi berjumpa dengan cikgu sekolah Daiyan dan ambil Daiyan. 
By the way, ramai yang bertanya tentang apakah kriteria untuk autism. Ada 5 kriteria. Roughly beginilah kriterianya:

  1. Masalah komunikasi/pergaulan di semua situasi
  2. Limited/restricted interest/activity/etc
  3. Simptom-simptom wujud sejak dari kecil
  4. Simptom-simptom menganggu kehidupan seharian
  5. Simptom-simptom tak boleh diterangkan secara lebih baik oleh sebab yang lain. 

Kriteria 1 dan 2 itu ada 4 pecahan lagi kalau tidak silap saya dan kena fulfill paling kurang setiap 2. 
Masalah komunikasi itu ada pelbagai bentuk. Ada yang tak boleh bercakap langsung. Ada yang banyak bercakap tetapi dia bercakap meniru orang lain/tv/buku. Bunyi scripted sebab dia meniru percakapan orang (ini yang dialami oleh Daiyan). 
Masalah komunkasi ini juga termasuk masalah eye contact and body language (juga ada pada Daiyan). Itu antaranya sajalah. Ada banyak lagi aspects dalam komunikasi ini. Kena borak dengan speech pathologist kalau ingin tahu lebih lanjut. 
Yg limited/restricted interest/activity tu pulak contohnya budak tu boleh overly obsessed dgn satu2 benda/topik. Asyik main benda tu je or bercakap pasal satu topik je. Or bila main, main macam tu je, x berubah/berkembang. Contoh, kapal terbang mainan terbang dan mendarat je. Xde extension to that play. Contoh, xde penumpang keluar masuk, pegi airport, emergency terpaksa emergency landing, minyak habis kene isi minyak, etc. Ini juga termasuk susah nak main imaginative play. X suka main masak2/doktor2 etc. Main patung pon x suka. Sebab bagi budak2 ni, kau adalah kau, bukan doktor, aku adalah aku, bukan pesakit, dan anak patung adalah anak patung, bukan baby yg perlu diberi makan atau ditukar lampin.
This brings to another aspect of autism, mereka ni sangat literal. Maksudnya apa yg dicakapkan tu, bagi mereka itu adalah fakta. Mereka x pandai baca maksud tersirat. Contohnya kalau org kata it’s raining cats and dogs, dalam otak dia, dia nampak anjing dan kucing jatuh macam hujan dari langit. It doesn’t make sense, so kalau daiyan ni dah habis bantai gelak haha. So mereka ni senang salah faham bila berkomunikasi, hence, bermasalah komunikasi.
Tapi yg bagusnya, sebab mereka ni sangat literal, mereka ni follow the rules, jujur, x kisah org cakap apa, and x kisah peer pressure. Ini i like hehe.
Lagi satu aspek dalam autism ni is sensory issues. Isu dgn deria. Deria boleh jadi over or under sensitive. Ada yg over sensitive dgn bunyi so dia suka tutup telinga bila ada bunyi yg dia x suka (ini daiyan). Ada yg oversensitif dgn deria rasa so dia makan benda yg sama je hari2. Ada yg undersensitif dgn deria sentuh, so dia asyik nak menyentuh benda je. Ada yg undersensitif dgn deria bau, so dia asyik nak membau benda je (rambut org/ kasut/ etc). Ini tidak terhad kepada 5 deria tu saje. Ada juga yg suka melompat2 or berpusing2 sbb dia nak kan sensation bila buat benda2 gini. Kalau x silap sensory issues ni masuk under restrictive activities etc.
Stimming adalah lagi satu benda yg org ada autism buat. Stimming ni adalah benda yg dia buat berulang2 utk dia focus dan tenang. Org yg xde autism pon stimming juga. Contoh, suka gigit2 pensel/pen or goyang2 kaki bila nak focus or bagi rilex masa stress. Itu stimming. Cumanya org ada autism ni tend to buat stimming ni lebih kerap dan degree lebih besar tak kisah kat mana2. Contoh yg paling kerap digunakan ialah flipping hands or goyang2 tangan. Ada stimming yg bahaya, contoh hentak2 kepala kat lantai. Daiyan punya stimming x obvious. Stimming daiyan ialah hand posturing. Kami tau pon lepas baca report dari autism assessment tu. Kami x perasan pon. Rasanya stimming ni masuk bawah sensory issue…kalau x silap.
So, apakah autism ni sebenarnya? Kalau x silap ia adalah sejenis neurological disorder. Kot. Org yg autism memang dilahirkan begitu. Bukan disebabkan parenting skills budak tu boleh ada autism.
Tapi daiyan pandai, takkanlah dia ada autism? Ha, org yg ada autism ni macam org yg xde autism juga. Ada yg pandai, ada yg tak. Ada yang IQ tinggi, ada yang IQ rendah. So org2 yg ada autism ni x semestinya tak pandai. Mungkin dia lagi pandai dari kita!
Tapi daiyan x nakal pon? Ha, org yg ada autism ni bukannya nakal. Selalunya apa yg kita nampak nakal atau degil tu adalah bila dia meltdown/tantrum sbb ada benda yg tak kena/trigger the meltdown. Contohnya selalunya nasi lemak dia ada 5 ekor ikan bilis, sekali hari tu ada 6 ekor pulak. Ha bersedialah dia meltdown. Tahap meltdown ni pon pelbagai. Ada yg jerit menangis2. Ada yg pecah2kan barang. Mereka meltdown bukan sbb mereka suka2 meltdown. Tp sbb ada anxiety attack/panic gitu. Org lain yg tak faham mungkin nampak budak tu nakal/degil. Tp sebenarnya dia tgh anxious tahap terlebih.
Tapi daiyan boleh membaca cepat. Adakah itu sebahagian dari autism? Part daiyan baca cepat tu dipanggil hyperlexia. Ia adalah opposite dyslexia. Ia adalah satu benda yg, ikut kata psychologist, taktau nak letak kat kategori mana. Kalau x silap dalam 10% org yg ada autism ni hyperlexic juga.
Autism ni adalah a spectrum. Selalunya dipanggil ASD. Autism spectrum disorder. Maksudnya takde 2 org yg ada autism itu sama. Dan org yg ada autism varies dari yg macam daiyan, ke yg jenis x bercakap dan hentak2 kepala atas lantai. They used to categorize people with autism as high functioning, low functioning, etc, tp sekarang benda tu dah dimansuhkan. So sekarang diagnosis adalah ASD je.
So, hopefully dengan explanation yg x seberapa ni kita boleh memandang budak2 autism ni dgn lebih kasih-sayang dan kefahaman. Kalau jalan2 tetibe ada budak yg tantrum dgn parents yg nampak penat/redha, jgn judge. Mungkin budak tu ada autism dan dia tgh having a meltdown. Or tgh jalan2 sekali nampak budak flip hands or jalan pusing2, jgn judge, mungkin budak tu ada autism dan dia tgh deal dgn the overwhelming feeling of being in an unfamiliar place or large crowd. Senang cakap, jgn menghakimi org lain, kita taktau apa yang dia tgh struggling with. And hopefully kita boleh buat org2 sekeliling kita termasuk anak2 kita faham juga. Because the world is a better place that way. – Fiza Pushiri | PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!