'Jangan nak tunjuk hero!' - Individu bergelar Datuk selar Ustaz Sophian samakan pendatang haram dengan binatang - The Reporter

‘Jangan nak tunjuk hero!’ – Individu bergelar Datuk selar Ustaz Sophian samakan pendatang haram dengan binatang

Semalam tular video di TikTok perdebatan di antara Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain atau Ustaz Sophian bersama seorang lelaki bergelar Datuk yang tidak berpuas hati dengan Sophian yang didakwa menghina golongan warga asing.

Menurut Datuk berkenaan, warga asing telah menyumbangkan 50 peratus terhadap pembangunan negara. Namun orang seperti Sophian pula tampil menyamakan warga asing dengan anjing.

“Saya bukan nak glamour, saya dah lama glamour. Dalam Pulau Pinang, sebut saja nama saya, semua orang kenal. Saya buat amal jariah dah puluhan tahun. Saya kasihan pada semua orang miskin. Mereka tak ada kerja, kita tolong carikan kerja.

“50 peratus mereka (warga asing) dah buat untuk pembangunan negara, akhirnya kita buat mereka macam anjing. Ustaz beritahu mereka anjing.

“Saya bercakap tentang Islam. Penghinaan satu Islam (menyamakan warga asing itu sebagai) binatang adalah satu dosa yang amat besar bagi saya. Ustaz beritahu ‘Binatang-binatang ini harus…’, buka video (video lama), terhadap warga asing yang mana mereka juga adalah orang Islam,” katanya.

Datuk koyak, menjerit ‘bengong’ dalam live TikTok

Namun, Sophian menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dia tidak pernah menghina warga asing. Sebaliknya dia hanya membangkitkan isu-isu yang membabitkan pendatang haram yang melakukan onar di negara ini.

Penafian Sophian mengundang kemarahan Datuk yang seterusnya ‘koyak’ dan menjerit dalam siaran langsung di aplikasi TikTok itu.

“Bengong! Jangan bagi aku jadi kurang ajar! Hang bengong! Hang cakap guna akal, jangan nak tunjuk hero! Warga asing Indonesia, Bangladesh, China dikatakan pendatang haram. Kenapa disamakan dengan binatang?! Mereka juga orang Islam!

“Biarlah aku cakap hang bodoh. Aku pandai menghormati Islam, tak pernah menghina. Tak payahlah sembang (tentang perlembagaan). Hang tahu pasal undang-undanglah, itu yang hang menjerit depa (warga asing) binatang.

Biar kerajaan uruskan warga asing

“Kerajaan tahu nak mengurus (warga asing), tak payah hang nak buat. Kita ada undang-undang dan ada pegawai-pegawai atasan yang boleh mengambil berat (tentang warga asing).

“Kalau hang betul-betul ada akal, hang tak akan menghina orang seperti binatang. Lebih baik hang buat kerja sendiri, jaga keluarga dan biarkan undang-undang (uruskan masalah warga asing).

“Kalau saya tuduh ustaz, tengok ni orang Islam yang paling rendah diri (merujuk kepada dirinya sendiri), saya cuma dengar binatang dan tak boleh terima bila sesama Islam menghina. Kalau ustaz tak merasakan diri ustaz silap, saya minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Tetapi kalau sebaliknya, hanya Allah saja yang tahu.

“Cuma saya benci sesama Islam bergaduh, akhirnya kita menyalahkan warga asing. Dari dulu saya benci,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!