Jangan Datang Lawat Baby Kalau Tak Sihat - The Reporter

Jangan Datang Lawat Baby Kalau Tak Sihat

Luahan hati seorang ibu ini bukan nak marah, tetapi nak berpesan. Jika kita pergi melawat baby baru lahir, keadaan kita sendiri pula tidak mengizinkan, tak perlulah dekat-dekat dengan baby. Kita pandai-pandailah fikir mana yang buruk mana yang baik. Ini juga adalah peringatan dan pengajaran kepada diri.” kata Sue Achik

Assalam mommies dan bakal mommies. Just nak share, anak saya berumur 22 hari warded di NICU akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Doktor sahkah dia mendapat jangkitan itu dari orang yang datang melawat.

Memang saya akui yang datang melawat baby ada yang tidak sihat. Siap ada yang datang itu tengah demam, anaknya pun batuk dan ada juga yang selsema. Jadi, baby saya terkena jangkitan dari orang yang melawat dia.

Tolonglah para ibu, be more protective. Biarlah orang nak kata kita teruk atau apa-apa pun. Bila jadi seperti ini, kita yang susah. 

Orang-orang yang melawat baby tu, tolonglah. Agak-agak diri itu tidak sihat, tak perlulah datang melawat baby. Kasihankanlah baby yang organnya masih belum cukup kuat dan matang untuk menempuh bermacam-macam penyakit. Bila sudah menjadi begini, kita sebagai ibu yang susah. Lagi-lagi sekarang masih dalam pantang dah kena ulang alik ke hospital.

Air mata dah nak kering tengok baby kena drip, x-ray, suction dan physio. Tengok baby batuk sampai tak cukup nafas. Hidung tersumbat tak boleh nak bernafas. Hati ibu mana yang tak luluh melihat anaknya menerima nasib seperti itu. Baru 22 hari melihat dunia sudah diberi ujian seperti ini. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!