'Jangan anggap kami gembira' - Yusof Haslam & isteri nafi gembira Syamsul bercerai dengan Ira Kazar - The Reporter

‘Jangan anggap kami gembira’ – Yusof Haslam & isteri nafi gembira Syamsul bercerai dengan Ira Kazar

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, menafikan dakwaan kononnya beliau dan isterinya, Datin Patimah Ismail, gembira dengan berita perceraian anak mereka, Syamsul Yusof dengan Ira Kazar.

Menurut Yusof, mereka sekeluarga terkejut dan sedih dengan berita tersebut.

Yusof menjelaskan, kenyataan isterinya telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak. Sedangkan tiada istilah gembira dalam situasi ini, sebaliknya mereka reda dengan apa yang berlaku dan menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Tuhan.

Sebagai ibu bapa, mereka hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk anak mereka dan berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.

Syamsul Yusof dan Ira Kazar berkahwin pada Januari 2023 di Selatan Thailand. Namun, baru-baru ini, Syamsul telah memfailkan penceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor. Perceraian ini dikatakan berlaku disebabkan tiada kesefahaman antara mereka.

Dalam pada itu, Yusof turut menyatakan mereka tidak menyimpan harapan agar bekas menantu, Puteri Sarah Liyana, kembali bergelar isteri kepada Syamsul. Ini kerana keputusan mengenai kehidupan mereka adalah hak mereka sendiri dan beliau hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk semua pihak.

Sumber: mStar, Kosmo Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!