Jangan Ambil Suntikan Vaksin Jika Anak Belum Sembuh 100% - The Reporter

Jangan Ambil Suntikan Vaksin Jika Anak Belum Sembuh 100%

Anak asuhan saya telah mendapatkan suntikan vaksin di Klinik Desa Kampung Melayu Subang. Semasa mengambil suntikkan vaksin itu, dia baru sembuh dari selsema tetapi tidak 100%. 
Pada sebelah petang, dia menangis dan saya perasan mulutnya senget sebelah. Tetapi saya tidak memaklumkan kepada ibunya. Saya beranggapan dia sengaja buat mulutnya seperti itu. 
Tetapi pada keesokan harinya, mulutnya tetap senget seperti itu. Bila ibunya pulang kerja dan mengambilnya, saya memberitahu keadaan mulut anaknya. Dan pada sebelah malam, ibunya membawa dia ke klinik untuk rawatan. 
Doktor memberitahu, anak asuhan saya berkemungkinan semasa mendapatkan suntikkan vaksin itu, jarum suntikkan terkena urat saraf membuatkannya bengkak. Sebab, sepatutnya vaksin untuk umur setahun disuntik pada paha, bukan pada bahagian bahu. Tetapi anak asuhan saya telah disuntik di bahagian bahu. 
Ekoran itu, doktor klinik telah meminta si ibu merujuk anaknya pada pakar hospital.
Menurut doktor pakar, saraf anak asuhan saya telah bengkak dan tidak berfungsi. Puncanya bukan disebabkan oleh suntikan vaksin. Tetapi disebabkan semasa mengambil suntikkan, kanak-kanak belum sihat 100% dan masih ada sisa kuman dalam salur urat. 
Apabila mendapatkan suntikkan vaksin, ia telah menyebabkan kuman-kuman tersebut terkurung dalam salur urat dan menyebabkan bengkak. Ada sesetengahnya kekal, tetapi tidak kurang juga yang akan kembali pulih sepenuhnya. 
Mulut anak asuhan saya senget dan bengkak seperti orang yang terkena strok. Semoga Raissya cepat pulih. – MKVA | PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!