Jalan Licin, Punca Kemalangan Di Jalan Miri-Bintulu | The Reporter

Jalan Licin, Punca Kemalangan Di Jalan Miri-Bintulu

MIRI – Beberapa buah kenderaan rosak teruk akibat kemalangan di Kilometer 170, Jalan Miri – Bintulu, hari ini. 
Dalam kejadian pagi kira-kira jam 10 pagi tadi, kemalangan yang melibatkan beberapa buah kenderaan rosak teruk itu dipercayai berpunca dari keadaan jalan raya yang licin.
Kemalangan tersebut telah menyebabkan jalan sesak dan menyebabkan pengguna jalan raya yang lain dari kedua-dua arah terpaksa bergilir-gilir untuk melepasi kawasan kemalangan. 

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Berdasarkan sumber dari laman-laman Facebook berasaskan negeri Sarawak, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. – The Reporter
Leave a Reply
Related Posts