Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menegaskan pihaknya, termasuk Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), tidak pernah melantik mana-mana pertubuhan untuk menguruskan atau memperakukan urusan pernikahan membabitkan dokumen sijil nikah Rohingya yang tular.
Dalam kenyataan, JAKIM memaklumkan hasil semakan mendapati dokumen berkenaan bukan merupakan dokumen yang diiktiraf atau dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa agama Islam di Malaysia.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menggunakan dokumen tersebut bagi tujuan berkaitan urusan pernikahan.
Baca juga:
- Pergaduhan tiga remaja perempuan di Dataran Melang tular, polis jalankan siasatan
- Pulau Pinang iktiraf Perayaan Hantu Lapar sebagai warisan negeri
- Myanmar beri jaminan Rohingya dari Malaysia pulang dengan selamat
JAKIM turut menggesa masyarakat supaya membuat semakan dengan pihaknya atau Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri terlebih dahulu sekiranya menerima sebarang dokumen berkaitan urusan agama Islam yang diragui kesahihannya.
Menurut JAKIM, semakan dengan saluran rasmi penting bagi memastikan segala urusan berkaitan perkahwinan Islam di Malaysia mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa agama.








