'Itu cerita 8 tahun lepas, tiba-tiba buat cerita' - 2 individu tampil nafi dakwaan lelaki diperdaya isteri orang untuk berkahwin, tetapi disangkal saksi - The Reporter

‘Itu cerita 8 tahun lepas, tiba-tiba buat cerita’ – 2 individu tampil nafi dakwaan lelaki diperdaya isteri orang untuk berkahwin, tetapi disangkal saksi

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


“Itu cerita lapan tahun lepas. Cinta tak dilayan, berperangai buruk, memang la kena tinggal,” demikian kata individu bernama Enchik Fify, yang menyangkal tuduhan seorang lelaki yang mendakwa bakal isterinya merupakan isteri orang, selain mempunyai dua anak.

Baca artikel berkaitan : ‘Kau dah malukan aku dengan keluarga aku!’ – Lelaki kecewa, wanita yang bakal dikahwini rupanya isteri orang

Menurut gambar tangkap layar yang tular, Enchik Fify berkata, wanita berkenaan lebih layak bersama lelaki lain dan kini sedang bahagia bersama suami dan dua anak mereka.

“She deserved better and bahagia sudah dengan husband yang sangat baik, ada dua anak. Tiber buat cerita sebab dapat tahu wanita itu sudah berkahwin dan ada anak.

“Psiko betul, post gambar-gambar bukti pun tak kukuh. Entah apa-apa, buat laporan polis sajalah mampu. Tapi memang tak kena layan pun. Cerita tak betul, kesian Ainie,” tulisnya.

Seorang lagi individu bernama Suzana Amelia turut mengeluarkan kenyataan sama. Malah mendakwa lelaki terbabit masih belum dapat menerima hakikat dan cemburu sehingga sanggup merekayasa cerita yang tidak masuk akal.

“Time baca pun dah rasa pelik. Takkanlah selama bercinta tak tahu nama sebenar tunang sendiri. Masa isi dan hantar borang, tak semak nama sebenar bakal isteri? Tak patut tak minta MyKad apa semua.

“Resit booking homestay, rasanya boleh ditulis menggunakan mana-mana resit yang ada. Gigih sampai sanggup buat apa-apa.

“Tak ada pun tunjuk perbualan dengan perempuan tu. Yang ada hanya dengan bapa perempuan tu. Pelik, dua tahun (bersama) tapi tak boleh detect apa-apa yang pelik,” katanya.

Bagaimanapun, pemilik homestay tampil membidas kenyataan Suzana dan menegaskan dia mempunyai bukti rombongan lelaki berkenaan datang menginap di premisnya.

“Maaf, saya pemilik homestay ya. Bukan palsu seperti yang awak karangkan. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mereka menginap dan perbualan bersama pun ada. Jangan memandai nak kata kejadian itu palsu dan direka.

Begitu juga dengan pengubah dulang hantaran lelaki berkenaan, tampil membidas kenyataan dua individu terbabit.

“Ini bukti barang hantaran yang digubah oleh saya bagi Majlis Akad Nikah lelaki itu. Takkan benda ini lapan tahun lepas seperti yang didakwa orang itu.

“Tengok tarikh laporan polis yang dibuat. Tak adanya nak buang masa pergi jauh-jauh. Bayangkan Kuching ke Daro itu berapa jauh.

“Di rumah kami mereka bertunang, takkan itu pun nak tipu juga? Astaghfirullah al-azim,” ujarnya.

Sementara itu, seorang individu meminta orang ramai tidak mengecam bapa wanita berkenaan yang juga merupakan bapa saudaranya.

“Jangan babitkan bapa dia, yang juga merupakan bapa saudara saya. Sepupu saya itu menipu bapanya. Dia terpaksa mengikut arahan anaknya. Kami semua malu dengan perbuatannya, yang kini dikecam orang ramai,” kata Sukri Roky.

Terdahulu seorang lelaki meluahkan rasa kecewanya di Facebook selepas mendapati dia telah diperdaya oleh tunangnya untuk mendirikan rumah tangga. Lebih mengejutkan, lelaki itu mendakwa tunangnya adalah isteri orang dan mempunyai dua anak.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!