Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Amalan pemberian ‘wang hantaran’ dalam perkahwinan di Malaysia melibatkan dua aspek utama: mas kahwin dan wang hantaran. Mas kahwin adalah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isteri, manakala wang hantaran adalah pemberian adat yang menandakan kasih sayang dan sokongan.
Namun, bukan semua orang mampu memberikan wang hantaran dengan jumlah yang besar atas faktor-faktor tertentu.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok, di mana seorang wanita meluahkan rasa kecewa kerana ‘disekolahkan’ oleh wanita tidak dikenali mengenai wang hantaran.
Menurut Teacher Ninja, dia terserempak dengan wanita berkenaan selepas selesai solat di surau.
“Tadi aku solat dekat surau, lepas tu borak-borak dengan seorang makcik ni. Lepas tu, dia tanya aku kalau perempuan Terengganu selalunya minta wang hantaran berapa?
“Aku cakaplah yang aku tak tahu sebab aku tak minta hantaran. Lepas tu dia tanya kenapa tak minta hantaran? Aku kata mak selalu pesan jangan bebankan pihak lelaki.
“Lepas tu kau tahu dia jawab apa? ‘Itu bukannya tak nak bebankan pihak lelaki, itu mak kau bodoh namnya, bebal’. Aku terus macam… (terkedu).
“Lepas tu dia kata, ‘Paling-paling kat Johor, RM10,000. Takkan kau tak ada?’. Aku sedih giler bila dia kata mak aku bodoh dan bebal. Aku macam (tertanya-tanya) salah ke kalau tak minta wang hantaran?” katanya.
Ramai netizen, yang memberikan pelbagai reaksi dalam ruang komen. Ada yang menyokong pandangan wanita tersebut, menunjukkan bahawa nilai wang hantaran tidak seharusnya menjadi fokus utama dalam perkahwinan.
Sementara itu, yang lain pula berpendapat bahawa amalan memberi wang hantaran adalah satu tradisi yang harus dihormati, dengan sejumlah netizen mencadangkan agar setiap individu memilih sesuai kemampuan masing-masing.
‘3 kali Jumaat lagi makcik’ – Netizen

‘Makcik tu problem’
