Isu komen sensitif, Cecelia Yap tampil mohon maaf - The Reporter

Isu komen sensitif, Cecelia Yap tampil mohon maaf

Cecelia Yap
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Susulan isu kontroversi mengenai kenyataan yang dibuat menerusi komen pada hantaran Facebook milik Harith Iskander, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Cecelia Yap Song KL memohon maaf.

Permohonan maaf itu dikeluarkan oleh firma guaman yang mewakilinya, Saibullah M.V. Nathan & Co. Dalam kenyataan itu, dia memohon maaf kepada umat Islam yang tersinggung dengan komen tersebut.

“Saya amat kesal bahawa komen saya yang tidak sensitif tersebut telah menyinggung perasaan semua.

“Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan di masa-masa akan datang,” katanya.

Cecelia juga dikatakan berjanji akan memberikan kerjasama penuh kepada polis.

“Sekali lagi saya dengan rasa amat rendah diri memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia berkenaan insiden ini.

“Saya menyusun jari dan memohon kepada semua yang tersinggung dengan komen saya tersebut dapat memaafkan kesilapan saya,” katanya.

Terdahulu, Harith Iskander menjadi kritikan ramai apabila memuat naik satu hantaran yang didakwa menghina Islam berhubung isu ‘ham’. Cecelia Yap juga menjadi kecaman ramai apabila meninggalkan komen pada hantaran tersebut.

Susulan itu juga, Ketua Polis Negara mengesahkan siasatan telah dibuat ke atas pelakon berkenaan dan sedang mengesan keberadaan Cecelia Yap.

Sumber: FMT

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!