Isteri mengamuk gara-gara keluarga buat prank curang sempena hari jadinya | The Reporter

Isteri mengamuk gara-gara keluarga buat prank curang sempena hari jadinya

Isteri Mengamuk Prank Curang

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perbuatan prank, walaupun dianggap sebagai gurauan oleh sesetengah individu, sebenarnya tidak wajar dilakukan, terutamanya jika ia melibatkan isu-isu sensitif seperti kecurangan. Gurauan sebegini boleh mencetuskan pergaduhan dalam hubungan suami isteri, merosakkan kepercayaan, dan membawa kepada keretakan rumah tangga.

Baru-baru ini, sebuah keluarga melakukan prank yang dianggap terlalu sensitif sempena hari jadi ibu mereka.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok @omgarage_jb, kejutan yang dirancang telah mencetuskan reaksi marah daripada si ibu.

Dalam video tersebut, seorang wanita dilihat tergesa-gesa pulang ke rumah selepas menerima foto suaminya bersama seorang gadis yang dikatakan berada di kediaman mereka. Setibanya di rumah, wanita itu menemui sepasang kasut wanita dan lelaki di hadapan pintu.

Tidak sempat membuka kasut, dia terus masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik untuk ‘menangkap’ suaminya. Namun, apa yang berlaku seterusnya mengejutkan. Lagu “Selamat Hari Jadi” berkumandang dari bilik, dinyanyikan oleh suaminya bersama ahli keluarga yang lain, termasuk gadis yang dikatakan sebagai ‘skandal’ suaminya.

Walaupun itu hanyalah sekadar prank sempena sambutan hari jadinya, si ibu kelihatan sangat marah. Dia melemparkan topi keledar yang dipegang dan memberi amaran keras kepada suaminya sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku.

“Aku tak nak dengarlah, tak guna,” katanya dalam keadaan marah.

Di akhir video, suaminya cuba menenangkan isterinya dengan memberikan bunga dan mengucapkan selamat ulang tahun

Video tersebut mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial. Rata-rata pengguna berpendapat, prank curang sebegitu tidak patut dilakukan, terutamanya kepada wanita yang mungkin tidak dapat menerima gurauan sensitif seperti itu.

‘Prank mentaliti kelas ketiga’

‘Tahu takut’

Related Posts