JEMBER, INDONESIA – Seorang wanita ditemui maut dibunuh dalam keadaan yang ngeri di kediamannya sendiri.
Mayat mangsa, Maimunah, 26, ditemui di dalam bilik bersama anak lelakinya yang masih kecil, dipercayai dibunuh oleh suaminya selepas berlaku pertengkaran di antara mereka berdua.
Mangsa cedera parah di beberapa bahagian badan akibat ditetak dengan senjata tajam.
Menurut adik ipar mangsa, Doni, rumahtangga mangsa sudah renggang sejak sebulan yang lalu. Malah suami mangsa juga pernah membakar sebahagian rumah hanya kerana pergaduhan mulut di antara mereka.
Doni tidak menafikan bahawa sikap panas baran suami mangsa itu menjadi punca utama keretakan rumah tangga kakaknya.
Puji, penduduk jati di kawasan kejiranan itu mengakui seringkali terdengar suara pasangan tersebut bergaduh.
Suspek bagaimanapun telah melarikan diri selepas menetak isterinya itu. Polis sudah mengumpul bukti-bukti berkaitan kes dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan. – PIXEL MEDIA