![]() |
| Gambar hiasan | Google Images |
Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dipetik pula dari rancangan tadi, sebuah kisah seorang isteri ditinggalkan oleh seorang suami walaupun tiada kesalahan yang dilakukan. Tetapi dengan alasan kuku tak cantik, tak pandai berhias dan tidak berbau harum. Bodoh. Isteri yang sedih kerana ditinggalkan lelaki seperti itu seharusnya memohon untuk bertukar menjadi lembu.
Kenapa konsep ‘isteri sebagai amanah untuk dijaga” tidak ditekankan dalam rumah tangga Melayu? Bukan anak-anak saja sebagai manah tuhan, isteri yang melahirkan anak-anak juga satu amanah. Kalau isteri jatuh sakit, bed ridden tak boleh berhias, badan gemuk seperti badak, suami patut tendang dia keluar? Kejam betul ajaran Melayu Islam nampaknya.
Saya jarang nampak konsep ‘equality’ ditekankan dalam perkongsian hidup Melayu. Konsep ini jarang dikupas dan diperbincangkan secara terbuka. Konsep ‘isteri harus berhias untuk suami’ sebenarnya sudah ketinggalan zaman. Manusia patut hidup dalam konsep tolak ansur dan tahu menjaga diri dan ketrampilan untuk kepuasan diri sendiri, bukan kerana konsep ‘takut suami lari’.
Jika suami ceraikan engkau kerana engkau sudah hodoh, terimalah hakikat itu kerana tidak ada gunanya kekal hidup dengan manusia yang berperangai hodoh seperti itu. Bergembiralah.
Saya mahu sampaikan kekaguman pada aktor Ahmad Tarmimi Siregar, seniman hebat yang telah 18 tahun menjaga isterinya yang sakit sehingga sekarang. Isterinya sekarang telah berkerusi roda dan hanya bergantung hidup pada suaminya. Inilah contoh suami yang patut dihighlightkan. Suami yang memahami makna ‘amanah tuhan’.










