Sama ada isteri bekerja atau menjadi surirumah sepenuh masa, kedua-duanya adalah tanggungjawab yang berat dan memenatkan jika pasangan tidak bertolak ansur serta memahami bebanan isteri. Oleh yang demikian, golongan suami sekali sekala galas tanggungjawab isteri, beri mereka ‘cuti’ atau ‘me time’ sehari dua untuk melepaskan segala tekanan dan kepenatan.
Bagi Mohd Fhais, dia tidak mahu berkira soal tidur dengan bidadarinya kerana, isterinya bukan suka-suka melelapkan mata terutamanya bila berada di dalam kereta. Menyedari isterinya tertidur di dalam kereta, beliau memandu dengan cermat dan seperlahan yang boleh serta sanggup menahan malu dan maki hamun pemandu lain kerana tidak mahu isterinya terjaga dari tidur.
KENAPA PATUT BIARKAN ISTERI TERTIDUR DALAM KERETA?
Sebab apa saya kata begitu? Sebab bila berada di dalam kereta, mereka tak nampak timbunan baju yang belum di lipat, baju kotor dalam bakul, mainan yang berselerak dan sinki yang penuh pinggan mangkuk.