'Insya-Allah saya akan dapatkan apa yang 'sedikit' tu' - Ebby Yus perjelas ikhtiar sendiri kos RM38K pasang bateri jantung - The Reporter

‘Insya-Allah saya akan dapatkan apa yang ‘sedikit’ tu’ – Ebby Yus perjelas ikhtiar sendiri kos RM38K pasang bateri jantung

Februari lalu, pelakon Ebby Yus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), HKL selama beberapa hari kerana masalah jantung dan buah pinggang rosak.

Menerusi beberapa laporan, Ebby menyatakan kekuatan jantungnya hanya sekitar 27 peratus sahaja. Namun selepas menjalani rawatan alternatif sejak Ramadan lalu, kekuatan jantung meningkat kepada lebih 30 peratus. Susulan itu, atas saranan doktor, Ebby dinasihatkan untuk menjalani prosedur pemasangan bateri pada jantung.

Melalui perkongsian di TikToknya, Ebby menjelaskan dia akan sedaya upaya cuba untuk mencari wang berbaki RM38,000 untuk menjalani prosedur pemasangan bateri pada jantungnya sekaligus menafikan kenyataan lain yang seolah beliau perlu meminta bantuan orang ramai.

“Saya dapat bantuan daripada pihak hospital, cuma saya kena sediakan sedikit wang kerana pihak berkenaan tidak bagi sepenuhnya.

“Untuk pengetahuan, Insya-Allah saya akan dapatkan yang sedikit wang itu. Sebab ramai yang hubungi saya mahu bantu, saya amat bersyukur dan berterima kasih cuma setakat ini, Insya-Allah saya boleh,” katanya.

Pembedahan mata

Selain jantung, Ebby juga menjelaskan, beliau akan menjalani pembedahan untuk masalah matanya.

“Selain itu,saya akan menjalani pembedahan membuang katarak dan selaput pada bahagian mata.

“Untuk mata pula, saya akan jadi pening dan berpinar kalau matahari terlalu kuat,” katanya.

Kini, Ebby sedang berehat dari penggambaran dan memberi tumpuan kepada keadaan kesihatannya.

Sumber: Ebby Yus, Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!