Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Polis Kuala Lumpur sedang menyiasat insiden membabitkan seorang wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ yang didakwa mempertikaikan tindakan anggota polis menahan seorang penunggang motosikal warga Pakistan yang tidak mempunyai lesen, seperti tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.30 malam Selasa lalu di hadapan sebuah restoran di Jalan Ipoh.
“Dalam kejadian itu, anggota polis yang bertugas telah menahan seorang lelaki warga Pakistan berusia 34 tahun yang bekerja di sebuah kedai pakaian kerana menunggang motosikal tanpa lesen.
“Kemudian, wanita terbabit datang dari arah belakang dan didakwa menuduh anggota polis terbabit mengugut lelaki warga asing berkenaan.
“Dia juga mempertikaikan pengetahuan undang-undang anggota berkenaan serta memperlekehkan tugasan mereka dengan merakam kejadian tersebut,” katanya.
Baca juga:
- ‘Inspektor Sheila’ disiasat dakwa pertikai tindakan polis tahan warga Pakistan tiada lesen
- Kelantan dominasi sektor awam negara
- Suami maut kemalangan ketika patah balik ambil susu anak
Menurut Fadil, anggota polis yang terlibat dalam insiden berkenaan turut membuat laporan polis pada hari sama bagi melaporkan kejadian tersebut.
Katanya lagi, semakan lanjut mendapati wanita berkenaan, Sheila Sharon, merupakan pegawai polis yang telah ditahan kerja pada 23 Jun 2023.
“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.
Sumber: Malaysia Gazette









