Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
“You see later, what happen.”
Itulah kata-kata yang didakwa diucapkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun kepada rakannya sebelum kejadian tragis yang meragut nyawa seorang pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, pagi tadi.
Menurut seorang saksi, suspek berbisik ayat itu ketika mereka sedang berkumpul sebelum masuk ke kelas. Walaupun tidak mengenali remaja terbabit, saksi berkata dia sempat melihat pelajar itu memegang senjata tajam.
“Saya berdiri di belakangnya, tiba-tiba saya dengar dia cakap ayat tu kepada kawan dia. Kami semua terkejut bila tahu apa yang berlaku lepas tu,” katanya.
Baca juga:
- KPM dedah pernah terima aduan pelajar terkesan dengan ejekan ‘Mak kau Hijau, Mak kau kuning’
- ‘Tiada alasan untuk kibarkan bendera Israel’ – Anwar
- ‘You see later, what happen’ – kata suspek sebelum insiden tragis di sekolah
Muncul di kelas dengan pisau
Tidak lama selepas itu, suspek dilihat memasuki sebuah kelas sambil memegang senjata tajam dengan kesan seperti darah pada pakaiannya. Seorang pelajar tingkatan satu yang enggan dikenali berkata, walaupun suspek tidak mengugut atau mencederakan sesiapa, suasana ketika itu sangat menakutkan.
“Dia hanya masuk kelas kami sekejap saja, bawa pisau tapi tak acu pada sesiapa. Kami semua takut dan masih trauma sampai sekarang,” katanya.
Pelajar itu menambah, dia tidak mengenali suspek dan hanya tahu remaja terbabit ialah pelajar kelas peralihan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu, mangsa ditemui maut di kawasan tandas dengan kesan beberapa tikaman pada badan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, suspek telah ditahan di lokasi dan dua bilah senjata tajam turut dirampas.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: Kosmo! Online