Pelajar tingkatan 2 naik tangan selepas ditegur ponteng kelas | The Reporter

Pelajar tingkatan 2 naik tangan selepas ditegur ponteng kelas

Seorang pelajar lelaki memegang baju seorang lelaki dewasa dalam kejadian tegang di kawasan sekolah.
Tular insiden pelajar tingkatan 2 bertindak agresif terhadap guru selepas ditegur kerana ponteng kelas PJ.
Ditegur ponteng PJ, terus naik tangan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pelajar lelaki Tingkatan 2 ditahan polis selepas dipercayai menumbuk dan mengugut guru lelaki di sebuah sekolah menengah di Kajang, Selangor, awal minggu ini.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zain Hassan, insiden berlaku pada Isnin apabila guru berusia 29 tahun itu menegur pelajar terbabit kerana ponteng kelas Pendidikan Jasmani. Tidak berpuas hati, pelajar itu bertindak menumbuk muka guru berkenaan dan mengeluarkan ugutan.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis, dan pelajar terbabit ditahan keesokan harinya di sekolah. Polis turut mendapatkan perintah tahanan reman selama dua hari terhadap pelajar berkenaan.

Baca juga:

Polis siasat bawah dua seksyen jenayah

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kerana mengugut. Jika sabit kesalahan, pelajar terbabit boleh dikenakan hukuman penjara dan/atau denda.

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan oleh pihak sekolah atau Kementerian Pendidikan mengenai tindakan lanjut terhadap pelajar tersebut.

Sumber: Astro Awani

Related Posts