Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un, Hamdan Senario meninggal dunia - The Reporter

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un, Hamdan Senario meninggal dunia

Sumber gambar: Utusan Malaysia

Pelawak terkenal, Hamdan Ramli atau lebih dikenali sebagai Hamdan (Senario), 54, telah meninggal dunia pada pukul 12:50 tengah hari Jumaat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Kematian beliau disahkan oleh rakan seangkatan dalam kumpulan Senario, Azlee. Menurut Azlee, jantung Hamdan terlalu lemah dan hanya bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Sebelum ini, Hamdan telah ditidurkan di hospital tersebut akibat jangkitan kuman dalam darah.

Difahamkan, Hamdan dibawa ke hospital tersebut kerana mengalami cirit-birit. Isterinya, Norhamalini Ahmed, 53, berkata, Hamdan pada awalnya tidak mahu ke hospital, malah meminta untuk tidak ditidurkan kerana mahu meneruskan persembahan bersama anggota Senario pada acara Wonderful Night With Senariounion.

“Suami tidak mahu ke hospital, malah, minta tidak ditidurkan kerana mahu meneruskan persembahan sempena ulang tahun ke-27 kumpulan Senario… Dia mahu bertemu peminat,” kata Norhamalini.

Selepas ditidur, kesihatan Hamdan menunjukkan perkembangan positif dan ada tindak balas.

Jenazah Hamdan akan dibawa ke Ipoh pada pukul 3 petang untuk dikebumikan di kampung halamannya.

Sumber: Berita Harian, mStar Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!