Kes jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja dan si pelaku juga tidak mengira jantina, umur atau lokasi melakukan kesalahan ini untuk mendapatkan apa yang dikehendaki. Justeru itu, masyarakat perlu berhati-hati di mana sahaja berada.
Seorang kanak-kanak dikatakan mengalami trauma setelah diragut oleh seorang wanita di Taman Permainan Padang Astaka, Kemaman. Ibunya melalui status di Facebook mengatakan ketika kejadian berlaku, dia tiada di tempat kejadian. Bapanya yang membawa anak-anaknya ke Taman Permainan tersebut sementara dia sedang melawat kenalannya di hospital.
Peragut tersebut dikatakan telah melarikan diri dan laporan polis telah dibuat oleh keluarga terbabit. Walaubagaimanapun, barang kemas anaknya telah dipulangkan oleh peragut tersebut sebelum melarikan diri.
SYUKUR Alhamdulillah masih ada rezeki. Adik pun selamat tak ada apa. Kejadian yang langsung tak disangka-sangka.
Aisyah kena ragut semasa bermain di taman berdekatan Padang Astaka tadi. Nasib baik ayah (Tokki Aisyah) nampak dan bertindak cepat. Pandai pula dia lari ya! Dapat je tangkap, pandai pula dia mintak maaf. Sebelum buat, tak fikir ke?
Saya saja berkongsi kejadian ini untuk para ibu bapa beringat supaya kejadian ragut ini tak berlaku pada anda. Siapa sangka kita ingat makcik nak tengok anak dia main di situ, rupa-rupanya ada niat tak baik.
Okey Ummi serik, selepas ini adik Aisyah tak payah pakai barang kemas lagi.
Okey, saya nak beritahu di sini, semasa kejadian itu berlaku, saya tiada bersamanya kerana pergi melawat anak kawan masuk wad di Hospital Kemaman. Sementara menunggu di wad, ayah bawa adik bermain di Padang Astaka, juga bersama dengan adik Syafiqah.
Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Bukan tak nak bawa pergi balai tapi orang sekeliling tak ada yang tolong. Nak pegang Aisyah dan adik lagi. Lepas bagi balik barang kemas itu, dia terus lari. Ayah kejar pun boleh orang sekeliling cakap gaduh laki bini. Kenapalah orang sekeliling fikir macam tu.
Saya dan ayah dah report tapi cuma tak dapat heret peragut itu sekali ke balai polis. Tak apalah, semoga tidak berlaku pada orang lain.
Sumber: Nurul Hazimah