Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kopi telah lama menjadi minuman kegemaran ramai, baik sebagai pelengkap pagi mahupun sebagai peneman ketika bekerja. Kini, dengan banyaknya kedai kopi yang menawarkan pelbagai variasi, ramai yang semakin arif tentang pilihan kopi, dan ada yang menganggap diri mereka ‘pakar’ dalam soal ini.
Baru-baru ini, seorang individu berkongsi pengalaman memesan kopi di sebuah kedai kopi di Lapangan Terbang Subang. Individu tersebut kecewa apabila barista yang bertugas tidak dapat menjawab soalannya.

“Hari itu aku pergi sebuah kedai kopi di airport Subang. Aku tanya beans apa diorang guna. Adik tu blank, terus dia kata ‘Kejap ye,’ dia pergi check. Sekali dia check, korang tahu dia cakap apa? Arabica,” kata individu itu.
Tambahnya lagi, “Aku jem kejap, dalam benak aku, dia betul juga. Tapi bukan itu jawapan yang aku maksudkan. Susah juga hire barista tak ada ilmu sangat ni. Walhal dia buat air, tapi frankly tak tahu basic apa.”
Dia juga menjelaskan, soalan yang ingin ditanya sebenarnya adalah tentang asal biji kopi, bukan jenisnya.
“Alahai, yang aku nak tahu beans dari mana diorang guna, bukan jenis dia. Tapi mungkin soalan aku kena spesifik kot,” katanya.
‘Fefeeling high class’
Bagaimanapun, perkongsian itu mendapat reaksi bercampur dari netizen. Ada yang mengkritik individu tersebut kerana dianggap terlalu cerewet.
“Aku perhati orang-orang yang jenis minum kopi ni fefeeling macam high class. Kau la jenis tahu semua segala benda tentang kopi, jenis kopi, blend ke, tak blend ke, houseblend ke.
“Kau tanya pekerja, pekerja tu buat benda basic hafal SOP buat kopi saja, gaji ciput. Kau yang jenis pangkat tinggi, high cass semua nak persoal macam kau bijak pandai sangat.
“Lepas downgrad kerja orang, termasuk life orang tu. Apsal kau beli nasi lemak, ko tak tanya jenis cili apa yang digunakan, blend atau tumbuk ke, cili dari negara mana? Bingai,” kata Ezany Abdul.
Beberapa netizen lain turut menyokong pandangan tersebut, menyifatkan isu yang dibangkitkan sebagai remeh dan tidak wajar.
‘Belajar balik Bahasa Melayu’

‘Diorang buat kopi, bukan layan makhluk kerek’









