Individu dakwa pengurusan IPTS terkenal culas bayar gaji & aniaya pekerja | The Reporter

Individu dakwa pengurusan IPTS terkenal culas bayar gaji & aniaya pekerja

Sumber Gambar: honestdocs

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Satu hantaran tular yang mendakwa sebuah pengurusan sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menganiaya pekerja.

Dalam hantaran berkenaan, satu e-mel bertarikh 30 Mei 2024 ditujukan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pendidikan Tinggi, Menteri Sumber Manusia dan ramai lagi memaklumkan tentang masalah yang dihadapi oleh pekerja di IPTS berkenaan.

“E-mel ini merupakan kali kedua untuk menyatakan betapa teruknya kami (pekerja IPTS) tidak dibayar gaji sehingga ke hari ini,” tulisnya.

Individu ini turut mendedahkan rakan sekerja mereka yang sedang mengandung ketika itu dikerah untuk bekerja walaupun ketika itu mendiang sudah sepatutnya dalam tempoh cuti bersalin.

“Rakan tugas kami telah meninggal minggu lepas akibat komplikasi ketika bersalin tanpa menerima gaji.

“Dikhabarkan sebelum meninggal, mendiang dikerah untuk bekerja teruk walaupun ketika itu sepatutnya dia bercuti bersalin,” katanya.

Pengadu turut memaklumkan mereka sudah berasa penat dan letih dengan tindakan pengurusan.

“Kami tidak dibenarkan ‘work from home’ kerana dikatakan tiada potongan gaji dibuat walaupun gaji lewat.

“Kami tetap disuruh datang mesyuarat malah pihak atasan senyap membisu tanpa sebarang makluman gaji,” tulis pengadu.

Dalam pada itu, satu memo telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan IPTS dan memaklumkan kelewatan tentang gaji kakitangan mereka.

“Kami mengalami kelewatan dalam pemprosesan gaji kerana kekangan kewangan yang tidak dijangka.

“Kami memberi jaminan bahawa semua gaji tertunggak akan dibayar dan mengjangkakan dalam tempoh dua bulan akan datang. Kami sedaya upaya sedang berusaha untuk menangani cabaran ini,” tulis kenyataan itu.

Sumber: TikTok

Related Posts