Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Semuanya berpunca dari seorang pemandu kereta mewah yang memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan sebelum melarikan diri meninggalkan keluarga berkenaan dalam keadaan cedera.
Menceritakan semula bagaimana bayi itu tercampak dan ditemui, ianya benar-benar membuatkan hati ini rasa terobek. Anak yang tidak bersalah, belum sempat mengenal dunia, meninggal dek sikap pemandu berkenaan yang mementingkan diri.
SAYA sebagai adik kandung kepada keluarga abang saya yang terlibat dalam kemalangan semalam, ingin mewakili untuk memohon maaf sekiranya di antara mereka ada membuat salah atau silap kepada anda dan jikalau di antara mereka ada hutang yang belum dilunaskan, boleh memberitahu kepada kami sekeluarga. InshaAllah kami akan usaha dan ikhtiarkan cara untuk menyelesaikannya. InshaAllah.
Tetapi apa yang membuatkan kami tidak sanggup melihat apabila selepas beliau sedarkan diri, terus membuka telapak tangan kiri dan cuba menyampaikan sesuatu melalui tangan kiri seperti surat, lalu tangan kanan seperti pen menulis ‘Didi’ (suami) di mana? Kemudian ‘Loya’ (anak sulungnya) di mana? dan ‘Inara’ (anak kedua) di mana?
Inara meninggal di tempat kejadian akibat pendarahan di kepala kerana terpelanting dari kereta hingga ke bawah flyover. Sungguh menyayat hati kami sekeluarga. Kami menyayangi arwah bagaikan menatang minyak yang penuh. Bukan kata jentik, malah nyamuk yang cuba menggigit arwah pun kami cuba mengambilnya, bukannya menepuk supaya arwah tidak terkejut atau sakit. Apatah lagi melihat arwah terpelanting keluar kereta.










