Impian gadis untuk berkahwin musnah, ibu & bapa rupanya tak pernah kahwin - The Reporter

Impian gadis untuk berkahwin musnah, ibu & bapa rupanya tak pernah kahwin

Sumber gambar: Ezzya Ezza Ezzyat

Gara-gara sikap ibu bapa yang menyembunyikan status perkahwinan, seorang gadis terpaksa melupakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya. Malah, tekanan yang dilalui membuatkan gadis tersebut memilih jalan yang salah. Kisah ini dikongsikan oleh seorang wanita yang juga merupakan pengasas rumah kebajikan.

Hasrat murni gadis ini pada mulanya disampaikan kepada bapanya namun ditentang bukan kerana pemilihan pasangan namun, kerana ibu dan bapanya didapati tidak pernah berkahwin (bersekedudukan).

‘Kau kena pakai wali hakim’

“Di usia 19 tahun,nak berkahwin dengan pasangan yang masing-masing bekerja KFC dan sebaya. Dah siap isi borang nikah, sampailah ke bahagian wali. Hubungi bapa minta bagi maklumat wali, bapa tak mahu bagi wali. Kemudian hubungi mak, bertanyakan perihal wali dan bertanya kenapa bapa tak nak bagi wali untuk urusan nikah?

“Mak jawab bapa tak boleh jadi wali sebab mak dengan bapa tak pernah berkahwin. Kau kena pakai wali hakim,” katanya.

Pihak pejabat agama menghubungi kedua ibu bapa gadis ini bagi mendapatkan kepastian, dan ternyata perkara tersebut diperakui oleh ibu bapanya.

“Pengakuan dari mak dan bapa, mak dan bapa tidak pernah kerkahwin sehinggalah penamat anak enam orang. Pening pejabat agama, kompom ustaz pejabat agama pun nak pitam dengar. Bila ditanya tentang status bin dan binti anak, mak dia jawab tanpa rasa bersalah, masa tu sangat mudah buat surat beranak,” katanya.

Bapa enggan buat akuan sumpah kerana aib

Susulan itu, pegawai pejabat agama meminta si bapa untuk membuat akuan sumpah yang menyatakan beliau tidak berkahwin dan menggunakan wali hakim untuk mengahwinkan anaknya. Namun, si bapa menolak dengan alasan itu adalah maruah dan aibnya.

“Maka pejabat agama pun tak boleh bantu insan ini untuk berkahwin dan dia pun ditinggalkanlah oleh si lelaki tersebut. Lelaki mana kan mahu beristerikan anak yang tidak tahu asal keturunan, apatah lagi anak yang telah dmanipulasi laporan kelahiran dan mengatakan ada bin/binti, hakikat tiada nasab sebenarnya.

“Maka dia pun bawa diri meronta, protes dengan takdir. Tidak ada yang memujuk dan memberi semangat.

“Dan hanyutlah beliau dengan kawan-kawan sekapal dan mulalah terjebak dengan najis dadah. Dari situlah beliau juga sudah tidak ada pantang larang lagi dah, duduk bercampur lelaki perempuan tiada had batas.

“Sambil menghisap dadah, layan pula dengan seks seks bebas, dari satu kelahiran berjangkit jangkit jadi enam. Dah sama level dengan mak dan bapa biologinya juga. Mereka hidup bersama sebumbung hampir 30 tahun sehingga dikurniakan enam anak.

“Secubit pun mereka tak insaf atau kesal dan mahu bernikah, akhirnya segala natijah kehancuran itu diterima oleh anak anak dan cucu-cucu,” tulisnya.

Sumber: Ezzya Ezza Ezzyat

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!