'Ilmu bocah ape? Degree tu kita beli' - DMA Islam dakwa UniSZA terhutang budi dengannya? | The Reporter

‘Ilmu bocah ape? Degree tu kita beli’ – DMA Islam dakwa UniSZA terhutang budi dengannya?

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sejak kebelakangan ini, semakin banyak konten podcast yang tular di media sosial, menyentuh pelbagai isu yang menarik perhatian netizen. Namun, apa yang mengecewakan adalah, kebanyakan konten podcast yang tular itu bukan sahaja menyentuh isu yang tidak bermanfaat, malah menyentuh sensitiviti sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengguna media sosial.

Tidak diketahui sama ada ini adalah sebahagian dari strategi podcaster untuk menaikkan saluran mereka dengan publisiti murahan atau tetamu yang dijemput itu sememangnya tidak berkelayakan untuk memberikan pandangan atau buah fikirannya.

‘Degree itu kita beli’

Semalam, tular video yang membabitkan seorang personaliti sensasi mendakwa ijazah hanya digunakan untuk mencari pekerjaan dan bukan untuk menuntut ilmu.

@drrokethq

DEGREE NI UNTUK DIBELI SEMATA-MATA KE? Apa pendapat anda semua? @dr_roket @youcasttt @dma_islamm DrRoket education phd motivasi postgraduate kerjaya degree diploma belajar viral sambungbelajar

♬ original sound – DrRoketHQ – DrRoketHQ

Menurut individu bernama DMA Islam atau nama sebenarnya, Danial Mirza berkata, “Degree ini tiada kaitan dengan aku punya goal dalam hidup. Aku tak nak kerja dengan orang, degree ini tidak akan membantu aku”.

Podcaster: “Tetapi bukan ke orang selalu cakap, degree ini macam ilmu. Tak ada kena mengena bekerja dengan orang?”

Menjawab persoalan itu, Danial menjelaskan, “Ilmu bocah apa? Degree itu kita beli, dia costly, dia money. Kalau setakat nak dapat ilmu, kat tempat lain ada ilmu.

“Orang buat degree bukan sebab nak ilmu, dia nak pekerjaan. Dan degree itu sendiri pun kita kena bayar.

“So UniSZA terhutang budi dengan aku. Bukan aku terhutang budi dengan UniSZA. UniSZA kata saya bagi awak ilmu, tak! I give you money, you give me degree,” ujarnya.

Kenyataan Danial itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ramai yang menganggap kenyataannya itu keterlaluan dan merendah-rendahkan golongan pemegang ijazah.

‘Bahaya, boleh pengaruhi remaja’ – Netizen

‘Yang jemput pun 2 x 5’ – Netizen

‘Bercakap tanpa ilmu’ – Netizen

Related Posts