Kisah seram ini diceritakan oleh Ikmal Hanif yang dikatakan pengalaman dirinya sendiri ketika tinggal di asrama sebuah sekolah yang tidak dinyatakan lokasinya bagi menjaga kepentingan pihak sekolah. Kami ingin mengingatkan para pembaca bahawa kisah ini hanya sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka sahaja. Jika anda tidak menggemari kisah seram seperti ini, sila pangkah dan teruskan menikmati tidur malam anda.
Cerita ini berlaku beberapa minggu selepas SPM bermula. Masa ini budak sudah ramai balik dan tinggalkan pelajar tingkatan lima sahaja di asrama.
Pada jam 1 pagi, kami satu dorm tak tidur. Tengah seronok lepak di tengah dorm sambil bertepuk tampar dan makan maggi dalam gayung. Member aku ajak main game truth or dare. Empat orang join game itu, selebihnya nak tidur.
Aku suruh dia bertapa di depan dorm 6. Aku namakan dia sebagai Azwan agar korang tak keliru. Dorm 6 merupakan dorm paling hujung di tingkat tiga. Dorm yang tidak berpenghuni, selalu berkunci dengan mangga dan gril. Dalam itu dah jadi tempat penyimpanan barang-barang asrama yang rosak.
Selepas panggil Darul Syifa, penunggu itu tetap tidak mahu keluar dari dorm 6 atas sebab ada manusia yang sudah berjanji bahawa itu adalah tempatnya.
Yang lagi sial, tingkap-tingkap dorm 6 ini semua tak boleh ditutup. Jadi kalau lalu, memang boleh nampak bahagian dalam. Tetapi tak pasti sama ada cerita itu sekadar mitos atau rekaan semata-mata.
Jam tiga pagi, kami bertiga mengikutnya dari belakang. Untuk menambahkan keadaan lebih seram, aku tutup lampu koridor level tiga. Kami perhatikan Azwan jalan seorang diri ke hujung level sambil duduk di depan dorm 4. Kami tetapkan masa, dia kena berdiri menghadap tingkap dorm 6 selama 20 minit.
Member aku ralit main game di telefon bimbitnya. Aku seorang saja yang perhatikan Azwan. Tiba-tiba aku rasa macam ada benda lalu di bahu kiri aku. Aku dapat rasakan angin lalu. Bukan angin sejuk tetapi seperti angin bila ada orang lalu di sebelah.
Cuba korang tarik nafas dan kemudian hembus melalui mulut secara perlahan-lahan di bahu. Itulah angin yang aku rasa! Jangan pula korang praktik tiup bahu depan orang ramai, nanti didakwa nak menyantau orang.
Aku tak faham apa yang dia cakap, aku ingat dia nak bergurau ke apa tetapi badan dia berpeluh sejuk. Masa itu Azwan berdiri tegak, mulut dan matanya melopong memandang ke siling.
Kali ini bukan imbasan, dia betul-betul tunjukkan rupa dia. Berbalut kain putih bersalut tanah. Kainnya lusuh kekuningan. Muka hitam terselindung di balik huraian kain berlebihan. Mata dia hitam gelap. Berdiri di hujung dorm 6 sambil memandang gerak geri kami. Yes, itu adalah pocong!
Selepas kejadian itu, kami berempat kaw-kaw kena marah dengan warden. Azwan pun selepas kejadian itu tak tinggalkan solat. Ajak curi buah mempelam di belakang sekolah pun dia tak nak. Siap bagi tazkirah pada kitorang. Tetapi bila dihulur mempelam, dia ambil juga. Bengap.
Seperti pada waktu ini dia ada saja di sebelah kau, tengah mengurai rambut di lengan kau atau mungkin pocong itu sedang memandang kau. Cuma otak kau yang menidakkan ‘dia’ sebab kalau otak kau menerima ‘dia’, mata kau akan mula melihat benda di sekeliling kau.
Tak percaya? Aku ajar korang. Tetapi pastikan kau cukup kuat. Kalau tidak, dia akan ambil alih badan kau atau lebih teruk dari itu dia akan melekat dengan kau seumur hidup sebab dia sudah tahu yang kau mampu melihat dia.
ARTIKEL BERKAITAN:
- ‘Walaupun mata dipejam rapat, aku dapat rasakan kelibat itu lalu di depan’ – Hari pertama tinggal seorang diri di asrama sekolah
- ‘Cakap nak tidur dengan aku malam ni?’ – Dia terus berlari keluar dari dewan makan tanpa toleh ke belakang
- ‘Temankan aku pergi tandas, takut seorang-seorang ni’ – Dia bangun dan temankan rakannya itu sebelum tersedar, bukankah dia seorang diri?