Ibu terkejut, telinga anak jadi sarang kutu babi - The Reporter

Ibu terkejut, telinga anak jadi sarang kutu babi

Telinga anak jadi sarang kutu babi
Foto: FB Aqila Nasir

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Kutu babi, biasanya ditemui pada haiwan seperti anjing dan lembu, boleh menjadi ancaman jika melekat pada tubuh manusia. Serangga ini bukan sahaja menyakitkan tetapi juga berisiko menyebabkan jangkitan serius.

Kutu babi yang melekat di kawasan sensitif seperti telinga boleh mendatangkan komplikasi jika tidak dirawat segera.

Anak mengadu sakit telinga

Seorang ibu, Aqila Nasir, berkongsi pengalaman cemas apabila telinga anak perempuannya, Hayfa, menjadi tempat pembiakan serangga tersebut.

Menurut perkongsiannya di Facebook, kejadian itu berlaku pada 17 Januari lalu di mana Hayfa mengadu telinganya sakit. Aqila kemudian memeriksa menggunakan lampu suluh, tetapi tidak menemui apa-apa yang luar biasa.

“Saya ingatkan mungkin ada jerawat dalam telinga, jadi saya minta dia tunggu esok kalau sakitnya berterusan, kita pergi ke klinik,” katanya.

Mula jadi pasif

Pada keesokan harinya, Hayfa sekali lagi mengadu, dan kali ini sakit di bahagian leher. Ketika itu, Aqila sedang sibuk memasak dan menyangka ia hanya sakit biasa akibat salah posisi tidur. Namun, ketika mereka berada di Kidzoona, Hayfa tidak aktif bermain seperti biasa dan hanya duduk sambil memegang telinganya.

“Saya mula risau sebab Hayfa biasanya sangat aktif. Bila saya periksa telinganya, nampak ada kesan hitam di kawasan lubang telinga. Saya Google dan gambar yang keluar serupa dengan kutu babi,” ujar Aqila.

Dalam keadaan cemas, mereka segera pergi ke sebuah klinik pakar di Jasin Perdana, yang mampu merawat masalah tersebut. Doktor di klinik itu memeriksa telinga Hayfa menggunakan kamera dan mendapati kutu babi sudah mencengkam kulit telinga.

“Doktor cakap proses mengeluarkannya memang menyakitkan sebab kaki kutu babi mencengkam kuat, tetapi doktor berjaya membersihkan kawasan itu sepenuhnya,” katanya.

Doktor juga memberi nasihat supaya memantau keadaan Hayfa selama beberapa hari untuk memastikan tiada jangkitan.

Selalu bermain dengan kucing luar

Difahamkan, keluarga Aqila tidak memelihara kucing di rumah, namun Hayfa sering bermain dengan kucing-kucing luar kerana dia gemar membelai haiwan.

Doktor menjelaskan bahawa kutu babi mungkin berasal daripada haiwan tersebut, dan bintik hitam yang ditemui di telinga Hayfa berkemungkinan kotoran atau telur kutu yang perlu dibersihkan segera untuk mengelakkan jangkitan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!