Ibu serah dua remaja kepada polis selepas rosakkan perpustakaan sekolah, rugi RM235,000 | The Reporter

Ibu serah dua remaja kepada polis selepas rosakkan perpustakaan sekolah, rugi RM235,000

Imej perpustakaan sekolah di Florida dalam keadaan tunggang-langgang selepas dirosakkan dua remaja, dengan buku, kerusi dan meja berselerakan di lantai.
Keadaan perpustakaan sekolah porak-peranda selepas dua remaja melakukan vandalisme hingga rugi RM235,000. | Kredit gambar: Independent UK

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dua remaja lelaki berusia 12 dan 13 tahun di Florida ditahan polis selepas diserahkan sendiri oleh ibu mereka kerana memusnahkan perpustakaan sekolah rendah dengan kerugian mencecah AS$50,000 (RM235,000).

Kejadian berlaku di Friendship Elementary School, Deltona, apabila polis menerima amaran kebakaran sekitar jam 1 pagi Ahad lalu. Setibanya di lokasi, pintu kaca didapati pecah sementara perpustakaan serta pusat media bersepah dengan buku dan perabot terbalik. Rakaman kamera badan polis menunjukkan kerosakan yang meluas, lapor Independent UK.

Rakaman CCTV merakam kelibat dua remaja berkenaan. Pada mulanya identiti mereka tidak dikenal pasti, namun selepas gambar siar di media sosial, polis menerima banyak maklumat termasuk daripada ibu kedua-dua remaja tersebut.

Baca juga:

Didakwa atas beberapa pertuduhan

Sheriff Mike Chitwood memaklumkan kedua-dua ibu menghubungi pihak berkuasa tanpa memaklumkan anak terlebih dahulu. Ketika disoal siasat, mereka mengaku melakukan perbuatan tersebut. Salah seorang kemudian menyerahkan barangan curi yang disorok di bilik tidur seperti radio dan beberapa kamera digital.

Siasatan mendapati remaja itu memasuki sekolah pada siang hari sebelum kembali pada waktu malam untuk melihat dan menambah kerosakan.

Kedua-duanya kini berdepan pertuduhan pecah masuk, menceroboh kawasan sekolah, khianat dan mencuri. Pihak berkuasa memuji ketegasan ibu mereka yang mengutamakan kebenaran serta menjadi teladan kepada masyarakat.

Related Posts