Ibu panik anak hilang di sekolah, dakwa guru buat acuh tak acuh? | The Reporter

Ibu panik anak hilang di sekolah, dakwa guru buat acuh tak acuh?

Ibu panik anak hilang di sekolah, dakwa guru buat acuh tak acuh.
Antara foto yang ditularkan pengadu

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila anaknya dilaporkan hilang di sekolah, namun mendakwa sikap sambil lewa dan tindakan tidak profesional beberapa guru telah mencetuskan kemarahannya. Insiden ini mendapat perhatian ramai selepas ibu tersebut berkongsi pengalamannya di media sosial.

Menurut ibu tersebut, beliau menyedari anaknya, Hayla Imani, tidak kelihatan selepas sesi pembelajaran berakhir. Bimbang akan keselamatan anaknya, beliau segera bertanya kepada guru kelas yang bertugas pada hari kejadian.

Sikap sambil lewa & tidak prihatin

Namun, ibu itu mendakwa bahawa guru kelas anaknya tidak mengetahui keberadaan anaknya dan menyatakan kelas terakhir anaknya adalah bersama guru lelaki lain. Guru kelas tersebut kemudian merujuk ibu itu kepada guru lelaki tersebut.

Ketika ditanya kepada guru lelaki tersebut, ibu berkenaan terkejut apabila menerima jawapan acuh tak acuh, “Entah tak tahu,” sambil menunjukkan mimik muka tidak peduli dan menyambung perbualan dengan rakan-rakan guru yang lain.

Tidak berpuas hati dengan sikap tidak bertanggungjawab tersebut, ibu itu terus mencari anaknya di sekitar kawasan sekolah. Beliau bertanya kepada beberapa orang guru, namun jawapan yang diterima mengecewakan dan tidak membantu mencari anaknya yang hilang.

Anak ditemui & nametag disorok?

Selepas usaha mencari yang tidak membuahkan hasil, ibu tersebut akhirnya mendapat tahu bahawa anaknya berada di belakang kelas bersama seorang guru lain. Lebih mengejutkan, nametag anaknya didakwa telah disorok oleh pihak tertentu, menyebabkan kekeliruan dan menyukarkan pencariannya.

Semasa menghampiri anaknya, ibu tersebut mendakwa guru kelas menjerit dari jauh sambil menyeret tangan anaknya dengan kasar, dan menengking dengan nada marah, “Puan yang bodoh, jangan salahkan cikgu-cikgu!”

Diperlekeh dan dihina di hadapan pelajar

Lebih menyedihkan, ketika cuba membawa anaknya pulang, sekumpulan guru yang berada di pagar sekolah didakwa berkumpul sambil mengejek dan mengeluarkan kata-kata kesat. Mereka dikatakan menjerit, “BOOOOOOO PROBLEM,” sambil menunjukkan isyarat ‘thumbs down’ dan merakam kejadian tersebut.

Selain itu, salah seorang guru turut didakwa mengeluarkan kata-kata sinis, “Entah anak dia hilang nak bodoh-bodohkan orang,” sambil ketawa bersama guru-guru lain. Seorang lagi guru pula dikatakan menyindir dengan berkata, “Asal cikgu ni korang bayar lebih ke?!” sambil ketawa sinis.

Netizen tuntut tindakan tegas

Pendedahan ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen yang rata-rata meluahkan rasa simpati terhadap ibu dan anak berkenaan. Mereka mengecam sikap tidak profesional guru-guru yang terlibat dan menuntut agar pihak sekolah serta pihak berwajib mengambil tindakan tegas.

Netizen juga mempersoalkan tahap keselamatan murid di sekolah tersebut dan mengharapkan penjelasan serta tindakan sewajarnya diambil oleh pihak sekolah. Ada yang menyuarakan kebimbangan sekiranya insiden serupa berulang kepada ibu bapa lain.

Sementara itu, ibu murid berkenaan menegaskan, beliau tidak akan berdiam diri dan bercadang untuk membawa perkara ini ke peringkat atasan agar insiden serupa tidak berulang kepada ibu bapa lain. Beliau berharap pihak sekolah mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru-guru yang terlibat.

Sumber: TikTok Pengadu

Related Posts