'Ia merosakkan hidup saya' - Gadis tertekan, payudara terlalu besar - The Reporter

‘Ia merosakkan hidup saya’ – Gadis tertekan, payudara terlalu besar

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang wanita muda berusia 20 tahun berasa tertekan kerana memiliki payudaranya yang besar dari saiz biasa. 

Keadaan itu membuatkan Amber Roach terpaksa meminta sumbangan orang ramai melalui GoFundMe bagi membantunya membayar kos pembedahan mengecilkan payudaranya itu. 

Amber hanya memerlukan £5,000 (RM26,578) untuk membayar kos pembedahan itu. 

Payudaranya yang besar ini membuatkan dia mengalami kesukaran untuk melakukan rutin seharian, termasuk bangkit dari katil selepas bangun tidur, selain bersukan, termasuk berselisih dengan orang lain di tempat keramaian. 

“Ia merosakkan hidup saya. Saya tidak melepasi orang apabila berselisih di kelab malam atau pub. Sekiranya saya berdiri atau berpusing, tak semena-mena gelas yang dipegang pengunjung terjatuh. 

“Saya juga tidak dapat masuk ke kedai atau butik kecil sebab saya akan menjatuhkan banyak barang di rak,” katanya. 

Disebabkan keadaannya itu juga, Amber sudah tidak bermain bola jaring dan berlari, berbanding sebelum ini dia begitu aktif dalam suka bola sepak, ragbi, trampolin dan pelbagai lagi jenis sukan lain. 

Amber yang kini memiliki payudara bersaiz 34J berharap dapat mengecilkan payudaranya kepada saiz D, sekali gus dapat mengubah hidupnya menjadi seperti wanita normal yang lain. 

Difahamkan, Amber mahu melakukan pembedahan itu semenjak di berusia 16 tahun, tetapi dinasihatkan oleh doktor untuk melakukannya selepas 18 tahun. 

Sumber: Agensi, Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!