Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Kediaman pelakon sensasi Rozita Che Wan, atau lebih dikenali sebagai Che Ta, sekali lagi menjadi perhatian apabila diserbu pihak Majlis Amanah Raya (MARA) pagi ini.
Difahamkan, ini merupakan kali kedua pihak MARA hadir ke rumah mewah di Kota Damansara tersebut selepas gagal mendapat kerjasama pada percubaan awal.
Serbuan dilakukan susulan pelakon itu didakwa gagal melunaskan hutang pinjaman berjumlah hampir RM1 juta dengan agensi berkenaan.
Menurut sumber, hanya ibu kepada pelakon terkenal itu yang berada di rumah sewaktu pegawai MARA memasuki premis tersebut pagi tadi.
Salah seorang anak Che Ta tiba kira-kira sejam selepas pegawai MARA memulakan tindakan mereka di lokasi.
Sumber: Kosmo