'Hutang KWSP 2022 hingga 2023 masih belum dilangsaikan' - Individu tampil beri peringatan kepada Bubblebee? - The Reporter

‘Hutang KWSP 2022 hingga 2023 masih belum dilangsaikan’ – Individu tampil beri peringatan kepada Bubblebee?

Sumber gambar: TikTok Penuntut Keadilan

Tiga hari lalu, tular kembali tuntutan seorang individu di TikTok yang menggesa pihak Bubblebee melunaskan hutang KWSP pekerja yang didakwa masih belum dibayar sehingga kini.

TikToker Penuntut Keadilan menerusi hantaran di platform itu memberi peringatan kepada pihak terbabit untuk tampil menjelaskan hutang KWSP dari tahun 2022 hingga 2023.

“Hutang KWSP dari tahun 2022 sampai 2023 belum lagi dilangsaikan. Kat dunia ni bolehlah terlepas, tapi bukan kat akhirat nanti.

“Jangan ambil hak orang, yang haram tetaplah haram. Semoga orang-orang yang berkenaan mendapat hidayah daripada Allah SWT,” katanya.

November tahun lalu, pelakon dan pelawak Shuib mengakui syarikatnya menghadapi masalah kewangan yang menyebabkan mereka lambat membayar caruman KWSP pekerja.

Walaupun begitu, beliau memohon maaf dan telah berunding dengan pihak KWSP untuk membayar caruman tersebut secara ansuran.

Jelasnya, masalah itu berlaku disebabkan pengurusan terdahulu yang menyebabkan dia dan rakan kongsinya terpaksa mengambil alih beberapa tugasan.

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!