LONDON – Richard Huckle, 30, yang dituduh mencabul 200 kanak-kanak di Asia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Old Bailey, selepas mengaku bersalah.
Hakim Peter Rook menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh bersalah mencabul 23 kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 11 tahun.
Richard Huckle, 30, dari Ashford, Kent, mengaku bersalah melakukan jenayah itu terhadap bayi berusia 6 bulan sehingga kanak-kanak 11 tahun dari tahun 2006 hingga 2014 di Malaysia dan Kemboja.
Dalam pertuduhan itu Huckle didakwa telah memuat naik dan berkongsikan gambar dan video dirinya memperkosa dan mencabul kanak-kanak di laman web tertutup dengan pedofilia yang lain di seluruh dunia. Malah, Huckle juga didapati cuba menjadikan jenayah itu sebagai perniagaannya. – PIXEL MEDIA