HSA Terbakar Lagi - The Reporter

HSA Terbakar Lagi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


JOHOR BAHRU – Hospital Sultanah Aminah (HSA) dilaporkan terbakar sekali lagi yang dipercayai berlaku di kawasan bilik pembedahan, sebentar tadi. 

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku sekitar jam 1.30 petang tadi, kelihatan asap keluar dari kawasan bangunan di tingkat satu. 
Sebuah jentera bomba berada di lokasi kejadian namun masih belum mengeluarkan sebarang laporan rasmi berhubung dengan kejadiaan itu. 

Petugas HSA keluarkan pesakit | Foto Bernama

Foto Bernama

Ekoran kejadian itu, petugas HSA membawa keluar semua penghuni bagi mengosongkan bangunan hospital berkenaan.

Menurut seorang saksi yang berada di tingkat satu, dia ternampak asap dan terdengar bunyi penggera kecemasan.

“Semua orang disuruh keluar dari bangunan,” kata saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Ng.

ACP Sulaiman Salleh sedang memberi kenyataan kepada pihak media. Foto – Asyraf Awani
Hanya berlaku ‘spark’ di soket elektrik. Kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan.

Dalam perkembangan terkini, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh mengesahkan berlaku percikan api akibat kerja-kerja pembersihan susulan tragedi semalam.  – The Reporter

Total
0
Shares
Leave a Reply
Total
0
Share